Semakan Geran Khas Prihatin (GKP) Online 2023

Selepas Geran Khas Prihatin 4.0, tiada lagi Geran Khas Prihatin GKP 5.0. Begitu juga untuk tahun 2023, GKP tidak akan dibuka lagi dan diperkenalkan kepada rakyat.

============

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Berita baik buat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ini kerana kerajaan telah memperkenalkan Geran Khas Prihatin. Permohonan Geran Khas Prihatin boleh dilakukan secara online.

GKP ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Ianya akan memberi manfaat kepada semua pemilik PKS di seluruh negara yang menetapi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), GKP ini akan memberi manfaat kepada lebih 700,000 Peniaga Kecil dan Sederhana di seluruh Malaysia.

Ini adalah inisiatif kerajaan membantu PKS yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan dan penularan wabak COVID-19.

Selain itu, GKP telah diperluaskan dengan pengenalan GKP Permai, tambahan RM1000 bagi penerima GKP sebelum ini.

Antara bantuan lain juga adalah BPR, yang akan memanfaatkan golongan B40 dan M40 di Malaysia serta golongan bujang.

Jumlah Bantuan Geran Khas Prihatin

Pembayaran adalah secara one-off kepada PKS yang memenuhi syarat. Jumlah pembayaran yang dibuat adalah sebanyak RM3000.

Syarat Permohonan GKP

Syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Perolehan setahun kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja kurang dari 5 orang. Ini tidak termasuk pemilik.
  • Hendaklah telah berdaftar di Lembaga Hasil dalam Negeri , Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (bagi Sabah dan Sarawak mengikut enakmen masing-masing) sebelum 31 Disember 2019.
  • Perniagaan masih aktif ketika permohonan dilakukan.
  • Semakan silang akan dilakukan oleh agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.
geran khas prihatin. muka depan semasa hendak login.

Tarikh Permohonan Geran Khas Prihatin

Permohonan boleh mulai dilakukan mengikut makluamt berikut:

  • Tarikh buka: 1 Mei 2020
  • Tarikh tutup: 15 Mei 2020

Permohonan Geran Khas Prihatin

Permohonan GKP boleh dilaksanakan dengan melayari laman web ini: https://gkp.hasil.gov.my/

Permohonan hanya boleh dilakukan secara online sahaja.

Borang permohonan secara manual adalah tidak tersedia. Dan diwajibkan mereka yang mengemukakan permohonan melalui pautan di atas ini sahaja.

Kemaskini Permohonan GKP

Sepanjang tempoh permohonan dibuka, anda boleh membuat kemaskini beberapa kali.

Semakan Keputusan Geran Khas Prihatin

Anda boleh mula membuat semakan keputusan GKP ini pada awal bulan Jun 2020.

Tarikh rasmi permohonan akan diumumkan kelak. Status permohonan anda kan dinyatakan kelak dan rayuan mungkin akan dibuka pada hari sama keputusan diumumkan. layari https://hasil.gov.my

Hubungi GKP

Jika terdapat sebarang persoalan dan keraguan mengenai permohonan GKP ini, anda bolehlah hubungi:

  • Hasil Careline: 03-8911 1000, 603-8911 1100 (Luar Negara)

Waktu perkhidmatan:

Isnin – Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang

Berapa jumlah pembayaran GKP?

Secara one-off RM3000

Apa syarat wajib Geran Khas Prihatin?

Mempunyai syarikat berdaftar di LHDN.

Bilakah tarikh tutup GKP?

15 Mei 2020.

Jika ada pertanyaan, nombor manakah boleh dihubungi?

Hasil Careline: 03-8911 1000, 603-8911 1100 (Luar Negara)

Berapa kali kemaskini boleh dilakukan?

Tiada had. Sebelum permohonan tutup.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.