Gerak Malaysia: Permohonan dan Semakan Status Keputusan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan pergerakan rakyat dihadkan untuk ke sesuatu tempat.

Ditambah lagi jika kawan tersebut merupakan zon merah bagi covid-19, maka lagilah susah untuk masuk dan keluar ke tempat berkenaan.

Setelah PKP dilanjutkan sebanyak 3 kali yang mana bermula pada 18 Mac lalu, kini pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) muncul dengan inisiatif ini.

Inisiatif ini membolehkan rakyat untuk membuat permohonan bergerak dari tempat masing-masing ke tempat yang dituju.

Aplikasi ini merupakan hasil kerjasama antara MKN dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Aplikasi ini dikenali sebagai Gerak Malaysia.

Bilakah Permohonan Gerak Malaysia dibuat?

Permohonan boleh mula dilakukan bermula pada 25 April 2020.

Permohonan akan dikumpul oleh pihak MKN dan mereka akan mengemaskini SOP cara pelepasan rakyat yang ingin pulang ke tempat yang dituju.

Cara Permohonan Pulang Gerak Malaysia

Bagi pengguna smartphone, anda boleh muatturun dan pasang aplikasi ini di telefon anda.

gerak malaysia

Bila Keputusan Kelulusan Akan Diketahui?

Anda diminta untuk mengemaskini alamat tempat yang dituju pada 1 Mei 2020. Kemaskini boleh dilakukan melalui aplikasi ini.

Apakah Residential Address?

Semasa mengisi borang, akan terdapat di mana anda perlu memasukkan residental address pada ruangan borang.

Untuk makluman, residental address adalah merujuk kepada tempat anda sekarang. Iaitu tempat / alamat yang anda sedang terkandas.

Ianya bukanlah alamat tempat yang dituju.

Bila Perjalanan Boleh Dilakuakan?

Pertama sekali, permohonan anda perlulah diluluskan terlebih dahulu.

Kemudian, ikuti jadual di berikut untuk bergerak pulang.

  • 1 Mei – Kelantan, Perak Johor
  • 2 Mei – Melaka,Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Perlis
  • 3 Mei – Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor,Negeri Sembilan.

Peringatan Semasa Perjalanan

Sepanjang anda bergerak, pematuhan penjarakan sosial tetap dijalankan dan sentiasa memastikan kebersihan tangan terjaga. Jika mempunyai penutup hidung dan mulut, pakai sentiasa.

Selain itu, adalah tidak dibenarkan berhenti beramai-ramai contohnya di tempat rehat RNR, stesen minyak.

Seperti biasa, tidak dibenarkan solat berjemaah di surau rNr.

Bagaimana Perajalan Untuk Sabah dan Sarawak?

Ianya akan diumumkan oleh pihak berwajib dalam masa terdekat ini.

Hubungi

Jika terdapat sebarang persoalan, hubungi:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.