Anda telah mengisi borang permohonan SPA9? Jika ya, tahniah kami ucapkan. Kini anda boleh membuat semakan jadual peperiksaan SPA online.Selepas mengisi borang, para pemohon akan menunggu masa jika layak untuk dipanggil mengikuti peperiksaan online SPA9.
Peperiksaan online ini akan diadakah secara atas talian pada laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Kepada sesiapa yang layak untuk menduduki peperiksaan ini, mereka akan dimaklumkan melalui email. Oleh itu, sentiasalah membuat semakan pada inbox email anda.
Artikel ringkas kali ini, kami ingin kongsikan cara untuk mengetahui bilakah peperiksaan online SPA dijalankan.
Ataupun dalam bahasa lainnya, semakan jadual peperiksaan online SPA.
Semakan Jadual Peperiksaan SPA Online
Jika anda terlepas pandang tarikh peperiksaan anda, anda masih boleh membuat semakan melalui pautan di bawah ini:
Klik sahaja butang di atas ini, maklumat peperiksaan akan dipaparkan.
Selain itu, ianya juga akan memaparkan Senarai jadual peperiksaan, Pemeriksaan Fizikal,Pancaindera & Kecergasan.
Semakan Jadual Ujian Psikometrik SPA9
Ujian yang kerap diduduki oleh para pemohon pekerjaan dalam talian SPA8 adalah ujian Psikometrik.
Anda boleh juga terus membuat semakan penjadualan bagi ujian psikometrik pada pautan https://www.spa.gov.my
Format Soalan Peperiksaan SPA
Sebagai tambahan, kami kongsikan sedikit berkenaan format rasmi peperiksaan SPA.
Ujian Peperiksaan SPA terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
- Seksyen A: Pengetahuan am
- Seksyen B: Daya menyelesaikan masalah
- Seksyen C: Kefahaman bahasa Inggeris
Pengetahuan Am: Soalan ini berkisar pelbagai topik merangkumi sains, sosial dan budaya, dan isu-isu semasa di Malaysia
Daya Menyelesaikan masalah: Pada bahagian ini,soalan penyelesaian masalah dalam bentuk matematik akan ditemui oleh anda. Ianya memerlukan kemahiran aras pertengahan untuk menyelesaikan masalah matematik berkenaan.
Kefahaman Bahasa Inggeris : Soalan yang akan menguji pengetahuan dan kefahaman bahasa Inggeria anda. Ianya meliputi solan ‘grammar’ (tatabahasa) dan ‘vocabulary’ ( perbendaharaan kata).
Artikel lain: Aplikasi Pangkalan Data Murid – APDM
HUBUNGI SPA
Jika terdapat sebarang persoalan, bolehlah hubungi pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengikut butiran berikut.
Putrajaya
Pusat Temu Duga SPA Putrajaya
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F,
No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya, Malaysia.
Telefon: +603 8091 9000
Faks: +603 8091