Semakan BPN 2.0: Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional

Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 khusus untuk golongan B40 dan M40.

Kini, Kementerian Kewangan telah mengumumkan tarikh rasmi pemberian BPN 2.0.

Menurut menteri Kewangan, Tengku Zafrul, pengagihan BPN fasa 2 ini akan bermula pada 12 Oktober 2020 dan pembayaran kedua pada januari 2021.

Pembayaran ini juga akan diberikan secara berperingkat. Yang mana, golongan B40 berkeluarga yang akan didahulukan.

Jumlah bayaran adalah seperti berikut:

  • B40: RM1000
  • B40 BUJANG: RM500
  • M40: RM600
  • M40 BUJANG : RM300

Semakan Status BPN 2.0

Anda boleh membuat semakan dengan melayari: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPN.aspx

Sehubungan dengan itu, semakan status pembayaran boleh dilakukan pada laman rasmi BPN.

semakan bpn
Paparan semakan BPN

Masukkan no kad pengenalan anda, dan klik butang cari. Anda akan diberikan maklumat permohonan anda. Ini termasuklah status permohonan, rayuan (jika ada) dan status pembayaran.

Bagi mengelakkan para penerima bertatur panjang di mesin ATM, anda dinasihati semak dahulu status pembayaran sebelum keluar.

Semua Mesin ATM Dikecualikan Cas RM1

Selain itu, sepanjang tempoh PKP dan juga penerimaan BPN ini, semua mesin atm telah dimansuhkan cas proses sebanyak RM1.

Ini bermakna, anda boleh mengeluarkan duit di mana-mana mesin ATM sahaja.

Sebagai contoh, kad bank anda adalah Maybank. Akan tetapi mesin ATM maybank ramai yang beratur, maka anda boleh pergi ke mesin ATM RHB contohnya. Jika tidak ramai yang berbaris.

Hubungi Bahagian Bantuan Prihatin Nasional

Jika terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai BPN, boleh ajukan atau hunungi pihak LHDN dan Kementerian kewangan mengikut makluamt di bawah ini:

Talian Kementerian Kewangan :

  • 03-8882 9089
  • 03-8882 9087
  • 03-8882 9191
  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Emel rasmi support BSH dan BPN :

[email protected]
[email protected]

Boleh juga ikuti Kementerian Kewangan pada channel Telegram rasmi mereka di : PRE PRIHATIN (link: https://t.me/s/MOFPRE2020)

Facebook : Kementerian Kewangan Malaysia

HOTLINE LHDNM :1-800 882 747
03-8911 1000

Semoga maklumat ringkas mengenai semakan BPN ini dapat membantu anda dan memberikan anda info yang berguna.

Bilakah Pembayaran BPN 2.0?

Pembayaran BPN 2.0 pada 21 Oktober 2020 dan Januari 2020.

Berapakah jumlah pembayaran BPN 2.0?

Bergantung kepada jadual pembayaran.

Tarikh Pembayaran bagi golongan M40

Golongan m40 akan menerima bayaran selepas B40 menerima.

Bagaimana cara semakan status pembayaran BPN?

Semakan boleh dilakukan dengan melayari laman web LHDN.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.