Notis terbaru: Selepas GKP 4.0, tiada lagi Geran Khas Prihatin yang diperkenalkan pada tahun 2023. GKP telah dimansuhkan pelaksanaannya.
—————–
Melihat kepada pemberian Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini, ianya dapat meringkankan beban golongan peniaga kecil dan sedrhana (PKS) di Malaysia.
Setelah pemberian GKP 1.0 dan GKP 2.0, akhirnya ianya dilanjutkan kepada GKP tambahan / GKP PERMAI.
Di mana, sebanyak RM1000 akan diberikan kepada PKS yang lulus pada permohonan GKP 1.0 dan GKP 2.0 pada tahun lalu.
Nilai RM1000 akan diberikan kepada PKS yang berada di dalam negeri yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bagi negeri lain pula, bantuan sebanyak RM500 akan diberikan.
Pembayaran ini adalah secara one off yang akan dikredtikan ke dalam akaun penerima pada Mac 2021.
Artikel lain: Login BPR 2021 Semakan & Kemaskini Permohonan Online
Permohonan dan Semakan GKP Tambahan 2021
Tiada permohonan perlu dibuat, kerana bantuan pada kali ini menggunakan data daripada GKP sebelum ini.
Jika anda adalah penerima GKP (1.0 & 2.0) , maka tiada permohonan perlu dibuat. Anda hanya perlu menunggu untuk bantuan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan Mac 2021.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari: gkp.hasil.gov.my
Soalan Lazim
Berapakah nilai bantuan GKP PERMAI Tambahan 2021?
RM1000 bagi PKS yang berada di dalam PKP. Manakala RM500 bagi negeri lain.
Bilakah pembayaran akan dibuat?
Pada Mac 2021.
Adakah permohonan perlu dibuat?
Tiada.Penerima bantuan GKP 1.0 dan GKP 2.0 pada tahun lepada secara automatik layak menerima GKP Tambahan.
Bagaimana cara membuat semakan status?
Layari https://gkp.hasil.gov.my