Program Subsidi Upah – PSU

Maklumat terkini mengenai Program Subsidi Upah PSU dari Perkeso boleh diperolehi di https://eaduansip.perkeso.gov.my/psu.php

————————–

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyididn Yassin, Program Subsidi Upah PSU 3.0 akan diteruskan pada tahun ini.

Kali ini, tanpa mengira sektor, pemberian subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja yang bergaji di bawah RM4000.

Jika sebelum ini, hanya sektor yang dinyatakan sahaja layak membuat permohonan PSU, namun disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0, syarat ini telah dilonggarkan.

Baca Juga: Semakan dan permohonan BPR 2021

Syarat Kelayakan PSU 3.0

Berikut adalah syarat kelayakan PSU 3.0.

  • Pekerja tempatan yang bergaji RM4000 dan ke bawah.
  • Majikan dan pekerja mencarum dengan PERKESO pada tarikh sebelum 1 Januari 2021.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Mengekalkan semua pekerja yang dikira menerima subsidi upah ini.

Permohonan Program Subsidi Upah 3.0 Online

Permohonan boleh dibuat dengan melayari: https://eaduansip.perkeso.gov.my/psu.php

Anda dikehendaki melengkapkan butiran majikan,pengisytiharan penurunan hasil, lampiran dokumen bukti, dan deklarasi majikan.

psu 3.0
Program Subsidi Upah - PSU 3

Semakan Keputusan permohonan PSU 3.0

Klik di sini untuk membuat semakan keputusan. Masukkan nombor rujukan dan email yang digunakan semasa membuat permohonan.

Selain bantuan PSU, terdapat juga bantuan lain seperti:

Berapakah gaji pekerja yang layak mendapat PSU 3.0?

Bergaji RM4000 ke bawah.

Bolehkah majikan memberhentikan pekerja semasa mendapat PSU 3.0?

Tidak boleh. Syarat utama PSU adalah majikan tidak boleh memberhentikan pekerja.

Bilakah tarikh akhir permohonan?

30 jun 2021.

Berapa had maksima pekerja?

500 orang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.