BKSS 7.0 : Senarai Bantuan Sarawakku Sayang 2023

Kemaskini: BKKS 7.0 masih dilaksanakan pada tahun 2023 . Untuk maklumat lanjut mengenai cara permohonan dan juga semakan kelayakan boleh layari : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/278/333/

————————–

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Kerajaan Negeri Sarawak yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 5.0) yang bernilai 405 juta pada 21 Januari yang lepas. Pakej bantuan lanjutan ini diberikan kepada rakyat negeri itu yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan bencana banjir.

Senarai Bantuan BKSS 5.0

Berikut merupakan senarai bantuan yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak :

  1. Diskaun bil letrik lima sehingga 25 peratus bil elektrik . Bantuan ini bermula pada Januari sehingga Jun 2021 dan akan memberi manfaat kepada 642 000 isi rumah di Sarawak.
  2. Diskaun bil air 10 hingga 25 peratus. Bermula pada Januari sehingga Jun 2021 dan bermanfaat kepada 569000 isi rumah seluruh Sarawak.
  3. Diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  4. Pengecualian bayaran permit dan lesen perniagaan kepada peniaga,penjaja, peniaga pasar malam dan pasar tamu.
  5. Pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik bdan berkanun.
  6. Diskaun 25 peratus diberikan kepada taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 mulai Januari sehingga Jun 2021.
  7. Diskaun 50 peratus sewa Skim Perumahan Perbadanan Pembangunan perumahan Sarawak (HDC) mulai Januari sehingga Jun 2021.
  8. Diskaun 30 peratus untuk pembayaran cukai tanah melibatkan kediaman, pusat komersil, industri, perladangan berskala besar dan kemudahan awam.
  9. Pengecualian pembayaran lesen hotel secara sekali bayar kepada 17300 bilik hotel seluruh Sarawak tahun 2021.
  10. Penangguhan pembayaran premium tanah secara sekali bayar bagi tahun 2021 melibatkan tanah pertanian, kediaman,komersial dan industri serta institusi awam dan swasta.
  11. Penangguhan pembayaran Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) bermula Januari hingga Jun 2021

Baca Lagi : Teks Penuh Ucapan Ketua Menteri Sarawak

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.