Permohonan UPU bagi tahun 2023 masih belum dibuka setakat ini, jika permohonan UPU dibuka, kami akan mengemaskini info dan panduan cara permohonan pada halaman ini. Teruskan bersama kami.
———-
artikel lain: STR FASA 2.
Terdapat beberapa kategori bagi permohonan UPU 2023 iaitu :
- Lepasan SPM
- Lepasan STPM/Setaraf
Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan UPU, berikut merupakan langkah-langkah yang perlu anda buat :
- Membuat pembelian pin unik ID di BSN
- Membuat permohonan UPU di portal rasmi UPUOnline
- Mengisi maklumat dengan betul.
- Membuat kajian program yang ditawarkan sama ada bersesuaian dengan minat anda.
- Menyemak syarat kelayakan.
- Melengkapkan borang permohonan dan tekan butang ‘SIMPAN’.
- Cetak dan simpan slip permohonan sebagai bukti bahawa permohonan UPU telah dibuat.
Permohonan UPU 2021 : Lepasan SPM,Matrikulasi, Asasi, STPM/Setaraf
Anda boleh membuat permohonan UPU dengan melayari portal ini : https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/login
Permohonan UPU : Pemarkahan Merit
Pemarkahan merit merupakan aspek yang diambil kira dalam permohonan. Pemarkahan merit merupakan satu sistem meritokrasi (90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum).
Bagi memudahkan anda untuk mengira markah merit, anda boleh terus ke portal UPUonline : http://upu.mohe.gov.my/index.php/panduan-calon/kalkulator-merit
Tarikh tutup permohonan UPU 2023?
Masih belum diumumkan
Dimana beli pin unik ID?
Pembelian boleh dibeli di BSN