Tarikh Bayaran STR Fasa 2 dan Jumlah Masuk Akaun

Sumbangan Tunai Rahman (STR) baru sahaja selesai bagi fasa 1 yang dibayar kepada penerima pada Januari lepas. Kini tiba pula bagi pembayaran STR fasa 2. Di sini kami kongsikan berkenaan bilakah bayaran STR fasa 2 akan dibuat kepada penerima dan berapakah jumlah pembayaran.

Bilakah Tarikh bayaran STR Fasa 2?

Setakat ini masih belum ada tarikh rasmi pembayaran STR fasa kedua. Namun, ianya dijangka akan dibayar sebelum hari raya puasa (aidilfitri ) yang bakal menjelma pada bulan April nanti iaitu pada tarikh 21 April 2023. Ini bermakna, ianya dijangka akan dibayar kepada penerima SEBELUM tarikh berkenaan.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Info rasmi mengenai bilakah pembayaran akan dibuat akan terus dipaparkan pada laman web rasmi STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my ) . Anda boleh login ke dalam sistem MySTR untuk melihat juga status pembayaran anda.

Untuk info, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah ini akan dibuat sebanyak empat fasa.

artikel lain:

Tarikh Bayaran STR Fasa 2 dan Jumlah Masuk Akaun 2
status bayaran STR

Berapakah Jumlah Bayaran STR Fasa 2?

Sama seperti tarikh pembayaran, jumlah bayaran juga masih belum ada maklumat rasmi yang diumumkan kerajaan ataupun daripada Hasil. Kami akan mengemaskini berapakah jumlah bayaran.

Namun, jika mengikut seperti pembayaran bantuan sebelum ini, semua kategori akan turut sama menerima pembayaran pada fasa 2. Sama ada kategori isi rumah, bujang ataupun ibu/ bapa tunggal dan warga emas.

Jumlah bayaran adalah bermula RM100 sehingga RM400 bergantung kepada kategori penerima.

Ikuti kami di t.me/portalsemakandotcom untuk mengelakkan anda terlepas info terkini mengenai bantuan yang terdapat di Malaysia.