Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan golongan yang tidak dipinggirkan di Malaysia. Kerajaan telah memperkenalkan banyak inisiatif bantuan dan kemudahan buat golongan OKU. Namun, kemudahan ini akan diperolehi apabila seseorang itu sah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai OKU.
Pada artikel ringkas ini kami kongsikan cara untuk anda boleh mendaftar sebagai OKU. Terdapat 2 cara pendaftaran OKU.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
- Melalui mengisi borang online.
- Terus ke Pejabat JKM berdekatan anda.
Cara Daftar OKU
Kami kongsikan cara kedua-duanya. Iaitu secara online (dalam talian) dan secara terus ke pejabat JKM.
Secara Online
- Daftar pada pautan MyDaftarOKU di https://oku.jkm.gov.my/myDaftarOku
- Isi semua maklumat yang diminta pada Bahagian A: Biodata Pemohon dan Bahagian C: Keizinan mengeluarkan maklumat perubatan.
Permohonan pendaftaran OKU hanya kepada warga negara Malaysia sahaja
artikel lain: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2023.
Maklumat tambahan
- bagi permohonan OKU jelas (kudung tangan/kaki, tiada ibu jari tangan/kaki, tiada mana-mana dua jari tangan/kaki) tuan/puan perlu memuatnaik gambar menunjukkan ketidakupayaan atau hadir terus ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan untuk mendapatkan pengesahan ketidakupayaan,
- bagi permohonan OKU tidak jelas (selain daripada yang dinyatakan di atas:
- Sila cetak borang
- tuan/puan perlu hadir ke fasiliti kesihatan (klinik/hospital kerajaan/swasta) terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan ketidakupayaan dan menyerahkan borang yang telah lengkap ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan,
- Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU) tuan/puan hanya akan diproses selepas maklumat lengkap diperolehi.
Secara Terus Ke Pejabat JKM
Cara mendaftar secara terus (offline).
- Muat turun dan cetak borang permohonan pendaftaran orang kurang upaya di pautan ini.
- Lengkapkan borang pendaftaran OKU dan hantar ke Pejabat JKM berdekatan anda.
- bawa bersama gambar berukuran passport bagi pemegang Mykid/ Surat beranak.
Pendaftaran OKU boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
- Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU) Pindaan 2019 yang lengkap, ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan / Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysia Medical Council (MMC) atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR).
- salinan sijil kelahiran / MyKid / MyKad
- keping gambar berukuran passport bagi pemegang sijil kelahiran / MyKid sahaja.
Bagi kes yang mempunyai ketidakupayaan jelas iaitu kudung kaki, kudung tangan, kudung ibu jari tangan atau kudung ibu jari kaki sahaja dikecualikan daripada pengesahan Pegawai Perubatan / Pengamal Perubatan.
Pemohon perlu membuat salinan borang yang telah dilengkapkan untuk tujuan berikut jika perlu:
- 1 salinan borang diserahkan kepada pihak Hospital/ Klinik
- 1 salinan borang ke Jabatan Pelajaran Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah bagi tujuan pendaftaran persekolahan.
- 1 salinan borang untuk simpanan dan rujukan.
- Bagi pemohon yang telah terhenti menjadi OKU mengikut Seksyen 25(3) Akta Orang Kurang Upaya 2008, Kad OKU hendaklah diserahkan semula kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
Semoga permohonan anda bagi mendaftar diri anda ataupun saudara mara yang lain dipermudahkan urusan bagi menjadi ahli OKU di bawah JKM.
Antara bantuan yang kerajaan sediakan kepada golongan OKU adalah Elaun EPOKU Pekerja Kurang Upaya.
Kategori OKU
Terdapat 7 jenis /kategori yang dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU. Antaranya adallah;
- Kurang upaya pendengaran
- Kurang upaya penglihatan
- kurang upaya pertuturan
- kurang upaya fizikal
- kurang upaya pembelajaran.
- kurang upaya mental
- kurang upaya pelbagai.
JKM mengkategrikan jenis OKU menigkut kod seperti berikut:
Berikut pula adalah carta alir bagaimana permohonan pendaftaran OKU akan diproses JKM.
Kad OKU
Setiap ahli yang diluluskan sebagai OKU akan mendapat sekeping kad. Untuk membuat semakan status semakan kad dan juga untuk membuat gantuan kad baru, boleh layari https://oku.jkm.gov.my/gantian_kad