BKM Tahun 2023: Ini Jumlah Pembayaran Setiap Kategori (Bujang dan Keluarga)

Bantuan Keluarga Malaysia dilihat dapat membantu rakyat Malaysia bagi mengharungi kehidupan yang kian mencabar di masa kini. Bantuan kewangan yang diberikan dapat meringankan beban untuk sara hidup diri dan keluarga.

BKM kini diteruskan lagi pada tahun 2023. Setelah diumumkan pada pembentangan bajet 2023, jumlah BKM telah diumumkan yang meliputi golongan bujang dan juga yang berkeluarga.

Pengumuman terkini Bantuan Tunai Rakyat Januari 2023.

Berapa Jumlah BKM Tahun 2023

Jumlah BKM 2023 berbeza bagi setiap kategori. Ianya bermula daripada RM250 bagi kategori bujang sehingga RM2500 bagi kategori berkeluarga/isi rumah yang bergantung kepada bilangan anak.

Jumlah bantuan adalah seperti berikut:

Pendapatan isi rumah kurang dari RM2500

  • Isi rumah mempunyai anak lebih dari 5 orang akan menerima bayaran sebanyak RM2500.
  • Isi rumah mempunyai anak 1 hingga 4 orang akan menerima bayaran BKM sebanyak RM100 hingga RM2000

Pendapatan isi rumah RM2501 – RM5000

  • Akan menerima RM500 – RM1250 (bergantung kepada bilangan anak)
BKM Tahun 2023: Ini Jumlah Pembayaran Setiap Kategori (Bujang dan Keluarga) 3
BKM Tahun 2023: Ini Jumlah Pembayaran Setiap Kategori (Bujang dan Keluarga) 11

Golongan bujang

  • Bujang warga emas akan menerima RM600
  • Bujang akan menerima RM350

BKM Tambahan hanya untuk ibu/bapa tunggal

  • Tambahan RM500 bagi ibu/bapa tunggal
  • – Ibu tunggal dengan 3 orang anak akan menerima RM1500.
BKM Tahun 2023: Ini Jumlah Pembayaran Setiap Kategori (Bujang dan Keluarga) 5
BKM Tahun 2023: Ini Jumlah Pembayaran Setiap Kategori (Bujang dan Keluarga) 12

Perbandingan dengan tahun 2022

BKM Tahun 2023: Ini Jumlah Pembayaran Setiap Kategori (Bujang dan Keluarga) 7
BKM Tahun 2023: Ini Jumlah Pembayaran Setiap Kategori (Bujang dan Keluarga) 13
BKM Tahun 2023: Ini Jumlah Pembayaran Setiap Kategori (Bujang dan Keluarga) 9
BKM Tahun 2023: Ini Jumlah Pembayaran Setiap Kategori (Bujang dan Keluarga) 14

Tarikh Pembayaran BKM 2023 fasa 1

Masih tiada tarikh rasmi yang diumumkan oleh pihak HASIL. Bagaimanapun, jika mengikut tahun sebelum ini, pembayaran fasa 1 BKM akan dibayar kepada penerima pada setiap bulan Mac.

Ini bermakna, penerima akan mendapat bayaran pada bulan Mac 2023.

Pada bulan Mac 2023 juga, umat islam menyambut ketibaan bulan ramadhan dan juga akan membuat persiapan bagi merayakan aidilfitri. Maka, ianya dilihat sebagai bulan/ tarikh yang tepat untuk pembayaran BKM dibuat kelak.

Apa-apapun, kita tunggu sebarang pengumuman dari pihak LHDN.

Cara Semakan BKM

Cara untuk membuat semakan BKM adalah mudah dengan melayari portal rasmi BKM di pautan https://bkm.hasil.gov.my kemudian masukkan nombor kada pengenalan serta kata laluan anda untuk semak status BKM.

Adakah terdapat kenaikan pembayaran BKM 2023 berbanding BKM 2022?

Ya. Terdapat peningkatan jumlah bayaran. COntohnya, pasangan dengan 5 orang anak akan menerima RM2500 pada tahun 2023, berbanding RM2000 pada tahun 2022.

Adakah terdapat permohonan perlu dibuat?

Tiada permohonan perlu dibuat bagi penerima sedia ada. Namun, anda boleh kemaskini maklumat jika terdapat sebarang perubahan.