HRMIS membenarkan penjawat awam untuk membuat permohonan Gantian Cuti Rehat (GCR) dan baki bawa ke tahun hadapan. Pada artikel ini kami kongsikan cara bagaimana anda boleh membuat permohonan GCR.
Untuk info, Jabatan Perkhidmatan Awam telah manaitaraf aplikasi myHRMIS Cuti bagi kegunaan Guru-Guru Akademik. Aplikasi ini mempunyai fungsi di mana Guru-Guru Akademik boleh membuat permohonan cuti, menyemak status cuti, menyemak kelayakan cuti, menyokong cuti dan meluluskan cuti serta menyokong dan meluluskan Gantian Cuti Rehat (GCR). Mohon tuan/puan dan agensi yang terlibat untuk mengemas kini data yang diperlukan di dalam Sistem HRMIS bagi mengelakkan sebarang masalah pada penggunaan fungsi tersebut.
Cara Permohonan GCR HRMIS
Permohonan GCR HRMIS boleh dibuat dengan Layari laman web https://hrmis2.eghrmis.gov.my dan masukkan ID serta kata laluan yang saha. Kemudian pergi ke bahagian sub-modul pengurusan cuti.
Klik Fungsi > Permohonan Cuti > Permohonan GCR dan Bawa Ke Hadapan.Seterusnya, klik โTeruskanโ. Kemudian, klik โTambahโ.
Butiran cuti anda bagi tahun semasa akan ditunjukakn. Semak dahulu jumlah baki cuti anda.
Sekiranya tepat dan dikemaskini, masukkan Jumlah Cuti Untuk GCR dan Baki Cuti Untuk Dibawa Ke Hadapan pada ruangan yang disediakan. Kemudian, klik โHantarโ.
Jika permohonan anda berjaya di Hantar, maklumat pegawai yang mengesahkan rekod tersebut akan terpapar. Anda diminta untuk maklumkan kepada pegawai tersebut untuk tindakan selanjutnya.
Pegawai tersebut boleh membuat semakan status Maklumat GCR dan Bawa Baki Ke Hadapan melalui paparan status seperti di bawah.
Jika ada sebarang ralat Aliran Kerja atau sebagainya, diminta untuk laporkan kepada
pentadbir HRMIS di Jabatan/Agensi masing-masing.
Permohonan GCR dan Bawa Baki Ke Hadapan yang telah disahkan hendaklah dicetak oleh
pegawai pemohon dan dihantar kepada Pentadbir Cuti di Bahagian/Jabatan/Agensi
masing-masing.
Saya telah membuat permohonan GCR. Masih bolehkah membuat permohonan kembali?
Boleh namun, terhad kepada jumlah cuti yang dipohon sahaja.
Bolehkah permohoan GCR bagi tahun hadapan dibuat awal?
Cuti rehat/ cuti rehat khas untuk tahun hadapan hanya boleh dipohon selepas pentadbir cuti menjana kelayakan cuti rehat/ cuti rehat khas untuk tahun berkenaan.
Apa yang terjadi jika baki cuti rehat/ cuti rehat khas tidak dibuat permohonan GCR?
Baki cuti akan dikira sebagai cuti dibawa ke hadapan untuk tahun semasa dan menjadi cuti dibawa dari tahun lepas (selepas ditolak cuti luput) untuk tahun hadapan. Manakala baki cuti rehat khas akan dianggap lupus semasa proses menjana kelayakan untuk tahun hadapan.