Banjir yang melanda negara baru-baru ini menjadi satu tamparan hebat buat kerajaan dan juga rakyat yang terkesan.
Disebabkan hal ini, kerajaan hadir dengan pakej bantuan terbaharu yang mana memfokuskan bantuan bagi pembaikan kenderaan yang terkesan akibat banjir.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Tempoh permohonnan dibuka bagi Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel tidak berdaftar)
Mereka yang mengalami kerosakan kenderaan disebabkan banjir sehingga dimasukkan ke dalam bengkel adalah digalakkan untuk membuat permohonan ini.
Apakah Bantuan Automotif ?
Ianya adalah penambahbaikan daripada bantuan sedia ada di bawah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang berfungsi sebagai inisiatif untuk meringankan beban golongan terjejas akibat bencana banjir di Malaysia. Bantuan sedia ada melalui
baucar diskaun automotif sebanyak RM1,000 telah diperbanyakkan fungsi bagi membaiki
atau menggantikan kenderaan persendirian yang ada kerosakan ataupun musnah akibat banjir dan diselenggara di SELAIN pusat servis / pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat
yang mengambil bahagian.
Syarat Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia 2023
Ini adalah syarat-syarat permohonan :
- Warganegara Malaysia
- Ketua Isi rumah berdaftar dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana.
- Bantuan berdasarkan resit yang disertakan.
- Bantuan ini cuma tehad buat hubungan Ketua Isi Rumah dengan pasangan ibu bapa, anak, adik beradik atau cucu.
- Hanya kenderaan yang tidak dihantar ke service centre sahaja yang layak menuntut bantuan ini.
Syarat khusus
Pemohon
- Warganegara Malaysia.
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang mempunyai rekod (berdaftar) dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) / Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) / Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
- Kenderaan adalah hak milik persendirian [Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR)] yang mengalami kerosakan disebabkan bencana banjir mengikut resit yang disertakan.
- Kenderaan yang tidak mempunyai insuran bencana alam.
Ahli Isi Rumah
Terhad buat hubungan Pasangan / Ibu / Bapa / Anak / Adik-beradik / Cucu.
Syarat tuntutan
Jenis kenderaan yang melepasi syarat adalah kenderaan yang mengalami kerosakan akibat banjir dalam kategori kenderaan persendirian (ini termasuk kenderaan penumpang, trak pikap, van dan motosikal) yang tidak ada perlindungan insuran bencana alam sahaja.
Hanya kenderaan persendirian yang TIDAK DIHANTAR ke pusat servis / pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian sahaja layak membuat tuntutan.
Dokumen yang perlu
Sebarang resit membaiki atau mengganti kenderaan persendirian yang rosak / musnah akibat banjir.
Cara Permohonan
Cara permohonan adalah layari https://bantuanautomotif.hasil.gov.my/PermohonanBantuanAutomotif.aspx
Isikan semua borang dan maklumat yang diperlukan .
Mohon secara manual
Terdapat juga permohonan yang boleh dibuat secara manual. Download borang ini https://bantuanautomotif.hasil.gov.my/Download/Borang/Borang%20BAKM%20(Bengkel%20Tidak%20Berdaftar).pdf cetak dan isi semua maklumat yang diperlukan.
Isikan semua borang dan maklumat yang diperlukan dan bawa bersama ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan anda, ataupun boleh kunjungi mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
Ikuti kami di telegram t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai bantuan yang ditawarkan.
Apakah nombor boleh dihubungi berkenaan bantuan ini?
Hubungi 1-800-88-2747