Permohonan Salinan Sijil Peperiksaan STPM Online (Cara Dapatkan Kembali)

Posted on

STPM SIJIL

Pendidikan

Adakah anda bekas pelajar STPM yang kehilangan sijil? Mungkin disebabkan oleh bencana seperti kebakaran, banjir dan sebagainya. Ataupun telah hilang tanpa dikesan.

Kini anda boleh mendapatkan semula salinan sijil STPM anda semudah di hujung jari anda.Tidak perlu membuat laporan polis.

Bayaran yang dikenakan pula adalah seperti berikut:

Jika sijil anda dihantar melalui poslaju,

  • RM60.10 (kad kredit)
  • RM60 (pembayaran online fpx)

Jika anda mengambil sendiri sijil di pejabat.

  • RM52.10 (kad kredit)
  • RM52 (pembayaran online fpx)

Caranya untuk anda memperoleh kembali salinan sijil ini mudah sahaja. Teruskan pembacaan.

Cara Mendapatkan Kembali Sijil STPM

Layari laman web: http://webmpm1.mpm.edu.my/salinansijil/

Masukkan nombor kad pengenalan dan no telefon bimbit anda.

Jika data anda terdapat di dalam pangkalan maklumat MPM, tahun peperiksaan akan dipaparkan seperti di bawah.

Permohonan Salinan Sijil Peperiksaan STPM Online (Cara Dapatkan Kembali) 1
Selepas memilih tahun peperiksaan, anda akan diminta untuk mengisi borang.
Permohonan Salinan Sijil Peperiksaan STPM Online (Cara Dapatkan Kembali) 3
Setelah mengisi borang, teruskan untuk membuat pembayaran. Selesai pembayaran,anda hanya perlu tunggu untuk sijil diposkan kepada anda.

Semua kemaskini akan dimaklumkan melalui email.

Jika anda mengalami sebarang masalah ataupun terdapat sebarang pertanyaan, hubungi 03-6126 1661.

Join kami di t.me/portalsemakandotcom untuk mendapatkan info bantuan terbaru.

Tags:

bantuan terkini