e-Perolehan 2022 : Log In Portal ePerolehan Kerajaan Malaysia

e-Perolehan merupakan satu sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan Malaysia melalui internet. Ia juga bertindak sebagai medium alternatif bagi memudahkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Baca Lagi : https://portalsemakan.com/semakan-i-sinar/

e-Perolehan :Pendaftaran Pembekal Baharu

Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar sebagai pembekal baharu. Terdapat (3) jenis akaun pembekal yang perlu anda tahu :

  1. Akaun asas.
    1. Akaun asas ni untuk pembekal yang transaksinya dengan Kerajaan Persekutuan tidak melebihi RM20 000. -Untuk Bekalan dan Perkhidmatan (Bukan Perunding)
    2. Menariknya pendaftaran akaun asas ini tidak dikenakan sebarang pembayaran untuk permohonan dan hanya warganegara Malaysia sahaja yang dibenarkan.
  2. Akaun MOF.
    1. Akaun MOF pula bagi pembekal yang transaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20000 dan juga yang melebihi had nilai RM20000. Dan untuk akaun MOF ini juga terbahagi kepada dua iaitu :
      1. Kontraktor
      2. Perunding
    2. Untuk akaun MOF ini juga dikenakan bayaran sebanyak RM450 untuk membukanya dan cuma sah selama 3 tahun.
  3. Akaun G2G
    1. Akaun G2G ini juga dikenali sebagai Gomen to Gomen dan cuma boleh dibuka oleh Agensi Kerajaan seperti Badan Berkanun Persekutuan/Negeri, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar, anda boleh terus mendaftar di pautan rasmi eperolehan :

https://www.eperolehan.gov.my/online-registration

e-Perolehan : Notis Sebut Harga/ Tender

Sekiranya anda telah membuka akaun di e-perolehan, anda boleh mendapatkan senarai notis sebut harga/tender di pautan ini :

https://www.eperolehan.gov.my/quotation-tender-notice

Sehingga artikel ini ditulis, terdapat lebih 100 tender yang dibuka daripada pelbagai kementerian. Bagi mereka yang telah mempunyai akaun di e-perolehan, jangan lepaskan peluang ini.

FAQ e-Perolehan

No telefon yang boleh dihubungi?

Anda boleh menghubungi 0379857777 atau 0379857888 untuk sebarang bantuan. Talian ini berbayar,pelanggan akan dikenakan caj.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.