Permohonan i-Sinar mula dibuka pada 21 Disember 2020. Permohonan hanya dibuka bagi kategori 1 sahaja.
Bagi kategori 2, permohonan akan dibuka pada 11 Januari 2021.
Seperti yang telah diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), semakan status permohonan boleh mula dibuat pada 4 Januari 2021.
Semakan tersebut akan membolehkan para pemohon mengetahui sama ada permohonan diluluskan oleh pihak KWSP atau tidak.
Bermula 4 Januari 2021, semakan status boleh mula dibuat pada laman web isinar.kwsp.gov.my
Cara Semakan Status i-Sinar KWSP
Cara semakan adalah seperti berikut:
- Layari https://isinar.kwsp.gov.my/check-status.php
- Masukkan maklumat anda seperti nama dan juga nombor telefon yang telah didaftarkan.
- Klik semak.
Status permohonan anda akan dipaparkan.
Jika anda berjaya,pembayaran pertama yang anda telah setkan ketika membuat permohonan akan dikreditkan sebelum tarikh 9 Januari 2021.
Jika anda tidak berjaya, sama-sama kita tunggu jika pihak KWSP menyediakan kemudahan untuk membuat rayuan.
Soalan Lazim i-Sinar
Bilakah permohonan i-Sinar dibuka?
Kategori 1: 21 Disember 2020
Kategori 2: 11 Januari 2021
Bagaimana cara semak baki akaun 1 KWSP?
Melalui portal i-Akaun KWSP.
Adakah amaun yang dikeluarkan perlu dibayar semula?
Tidak perlu.
Saya pernah menegeluarkan akaun 2 melalui i-Lestari, adakah saya masih layak untuk i-Sinar?
Layak
Bilakah semakan status permohonan boleh diketahui?
4 Januari 2021.
Bilakah pembayaran pertama akan dibuat?
Sebelum 9 Januari 2021.