Permohonan Tingkatan 6 STAM 2021

Berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang agama? Permohonan Tingkatan 6 STAM kini dibuka. STAM ataupun Sijil Tinggi Agama Menengah adalah satu peperiksaan selepas SPM khusus dalam bidang agama. Bagi mereka yang mengambil jurusan agama selepas PMR dan SPM, mereka akan mengambil STAM sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Tarikh Penting Permohonan STAM 2021

Bagi mereka yang berminat untuk mengambil Sijil Tinggi Agama Menengah di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), berikut merupakan tarikh permohonan dibuka dan ditutup :

Tarikh permohonan dibuka : 15 Mac 2021 (Isnin)

Tarikh permohonan ditutup : 29 Mac 2021 (Isnin)

Baca disini : https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/permohonan-tingkatan-6-ambilan-tahun-2021-bagi-sijil-tinggi-agama-malaysia-stam-di-kolej-islam-sultan-alam-shah-kisas

Permohonan Tingkatan 6 STAM 2021 3
Permohonan Tingkatan 6 STAM 2021 5

Syarat Permohonan STAM 2021 KISAS

  1. Pemohon merupakanseorang Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  3. Pemohon memeperolehi kepujian dalam bahasa Melayu sekurang-kurangnya C6.
  4. Pemohon lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang-kurangnya 6C.
    • I) Pendidikan Syariah Islamiah
    • II) Pendidikan Al-quran & As-sunnah
  5. Pemohon memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga matapelajaran terbaik.
  6. Umur pemohon tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
  7. Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) pemohon sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan.
  8. Pemohon lulus ujian khas kelayakan (temuduga)
  9. Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam stam di KISAS akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui e-mel.

Baca lagi : https://portalsemakan.com/dermasiswa-kedah/

Pertanyaan dan soalan

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh menghubungi :

  1. Bahagian Pendidikan Islam 03-83217200 atau 03-83217300
  2. Bahagian Pengurusan Asrama Penuh 03-83217300
  3. Kolej Islam Sultan Alam Shah 03-33711658

atau emel [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.