Tarikh Bayaran GKP Permai Tambahan RM1000

Geran Khas Prihatin adalah pakej rangsangan berbentuk kewangan yang diberikan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Sebelum ini, PKS telah menikmati bayaran sebanyak RM3000 pada GKP 1.0 dan GKP 2.0 pada tahun lalu.

Tambahan sebanyak RM1000 diberikan kepada PKS. Namun, jumlahnya tertakluk kepada negeri yang sedang menjalani PKP, PKPB atau PKPP.

Jumlah bagi PKS yang berada di dalam negeri sedang menjalani PKP adalah RM1000. Manakala negeri lain pula akan menerima RM500.

Disebabkan banyak negeri telah bertukar status dari PKP ke PKPB dan dari PKPB ke PKPP, masih tidak diketahui berapakah jumlah yang akan diterima kelak. Adakah RM1000 atau RM500.

Apa-apapun nilai yang diterima, kita seharusnya bersyukur dan menerimanya dengan gembira.

Artikel lain: I-SINAR: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN.

Tarikh Pembayaran GKP Tambahan RM1000

Tarikh pembayaran GKP Permai ini adalah pada bulan Mac. Ini bermakna, dalam 2-3 minggu lagi penerima akan mendapat bayarannya.

Jika anda tidak pasti adakah anda adalah penerima GKP, bolehlah semak di laman web https://gkp.hasil.gov.my

Kemaskini Akaun Bank

Terdapat beberapa kes di mana pembayaran tidak berjaya disebabkan akaun bank bermasalah. Maka, anda perlu membuat kemaskini akaun bank sebelum 15 Mac 2021.

Sebagai contoh, lihat gambar di bawah ini.

NOTIS KEMASKINI DARIPADA LHDN.

kemaskini gkp

Bilakah tarikh pembayaran GKP Permai?

Mac 2021

Berapakah jumlah GKP Permai?

RM500 atau RM1000

Adakah permohonan perlu dibuat?

Tidak. Penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 akan layak menerimanya.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.