Kerajaan mengumumkan pengeluaran akaun 1 KWSP dibenarkan bagi semua pencarum. Sama ada pencarum yang aktif ataupun bukan.
Pengeluaran dibenarkan bagi KWSP akaun 1 adalah sehingga RM60,000. Manakala bagi kategori lain pula pengeluaran adalah sehingga RM10,000.
Namun, ianya bergantung pada baki yang terdapat di dalam akaun 1 pencarum.
Permohonan pengeluaran akaun 1 ini akan diuruskan oleh medium khas yang dikenali sebagai i-Sinar Online.
Melalui portal i-sinar ini, para pencarum boleh membuat permohonan dan juga menyemak status permohonan anda.
Kriteria dan Syarat Permohonan bagi i-Sinar adalah seperti berikut:


Kita boleh lihat, terdapat 2 kategori yang telah diperkenalkan oleh KWSP.
Permohonan bagi kategori 1 bermula pada 21 Disember 2020. Manakala bagi kategori 2 pula adalah pada 11 Januari 2021.
Sebelum ini, hanya 2 juta sahaja yang layak memohon. Kini ianya diperluas kepada 8 Juta pencarum.
Para pencarum boleh memohon secara online, ataupun boleh terus kunjungi mana-mana cawangan KWSP berhampiran anda.
Permohonan i-Sinar Online
Anda boleh mengakses permohonan i-Sinar melalui pautan ini: https://isinar.kwsp.gov.my
Soalan Lazim
Bila agak-agak i-Sinar dibuka?
21 Disember 2020 bagi kategori 1, dan 11 Januari 2021 bagi kategori 2
Perlu mohon online ke?
Ya. Permohonan dibuat secara online.
Semua layak ke?
Jika anda memenuhi kriteria yang tertera pada kategori 1 dan kategori 2, bermakna anda layak.
Bila duit akan masuk selepas permohonan lulus?
Bermula Januari 2021.