i-Lestari KWSP: Semakan & Permohonan Pengeluaran Akaun 2 Online

By Editorial

Pengumuman terbaru: Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim memberitahu bahawa tiada lagi pengeluaran khas KWSP dibenarkan pada masa sekarang. Ianya muktamad diputuskan pada sidang media yang diadakan baru-baru ini.

i-Lestari merupakan inisiatif pihak kerajaan memudahkan pengeluaran akaun 2 KWSP penggunna. Mereka yang berhasrat, boleh menggunakan perkhidmatan ini.

iLestari memudahkan untuk membuat permohonan pengeluaran serta semakan status.

Jika sebelum ini, para pencarum KWSP perlu mempunyai i-akaun KWSP untuk menjalankan urusan, kini lebih mudah dengan iLestari.

i-Lestari diwujudkan semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dijalankan. Ini kerana,para pencarum tidak dibenarkan untuk keluar rumah dan berurusan di pejabat KWSP.

Oleh sebab itu, kini ianya dilakukan hanya secara atas talian.

Selain itu, i-Lestari juga bertujuan untuk membantu golongan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Maksimum pengeluaran adalah sebanyak RM500 sebulan. Bergantung kepada jumlah baki yang terdapat di dalam akaun 2 KWSP.

Permohonan i-lestari Online

Sesiapa yang belum membuat permohonan, bolehlah mengemukakan dengan melayari laman web: https://ilestari.kwsp.gov.my/submit-request.php

Permohonan cuma perlu dibuat sekali sahaja.

Namun begitu, permohonan boleh dilakukan bila-bila sahaja sehingga tahun depan bulan Mac 2021.

Namun, had tahun pengeluaran hanyalah sehingga April 2021.

Untuk membuat permohonan, anda perlu memasukkan maklumat diri anda seperti nama penuh dan no kad pengenalan.

Selain itu, anda haruslah mempunyai akaun bank atas nama diri anda sendiri. Ini bagi memudahkan pihak KWSP mengkreditkan terus pengeluaran akaun 2 ke akaun anda.

Selain itu, anda haruslah mempunyai no telefon yang masih aktif. No telefon ini akan membantu anda di dalam membuat pengesahan identiti. Terutamanya jika anda terlupa maklumat anda.

Semakan Status i-Lestari Online

Anda boleh menyemak status permohonan pengeluaran akaun 2 kwsp anda dengan klik laman web ini: https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php

Masukkan sahaja no kad pengenalan serta nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan.

Anda boleh mula membuat semakan status pengeluaran akaun 2 anda, 2 hari selepas sahaja permohonan telah dihantar secara online.

i-lestari online semakan
i-Lestari KWSP: Semakan & Permohonan Pengeluaran Akaun 2 Online 3
  1. Apakah i-lestari KWSP

    Saluran baru yang diperkenalkan oleh KWSP untuk membolehkan pencarum mengeluarkan tanpa menggunakan i-Akaun.

  2. Perlu tak datang ke pejabat KWSP?

    Untuk pengeluaran akaun 2 kwsp melalui i-lestari, anda tidak perlu menghadirkan diri ke mana-mana pejabat KWSP.

  3. Berapa kali permohonan perlu dilakukan?

    Sekali sahaja.

  4. Cara semakan pengeluaran i-Akaun KWSP?

    Klik link yang kami sediakan di bahagian atas artikel ini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.