BPN kini telah bertukar kepada STR (Sumbangan Tunai Rahman) yang diasaskan oleh Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim.
Bantuan Prihatin Nasional merupakan salah satu pakej bantuan yang terdapat dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0. Pakej ini diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ini akan memberi manfaat kepada hampir seluruh rakyat Malaysia di dalam golongan B40 dan M40.
📚Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Bantuan ini diumumkan sejuru selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan kerajaan. PKP menyebabkan ramai orang yang tidak dapat meneruskan perkerjaan mencari rezeki. Oleh itu, kerajaan hadir dengan inisiatif bagi membantu rakyat meringankan beban sara hidup ketika tempoh PKP ini dan juga untuk har-hari mendatang.
Secara kasar, takrifan B40 adalah mereka yang isi rumah berpendapatan bawah RM3860.Ini meliputi isi rumah miskin yang berpendapatan kurang daripada RM950. Mereka ini meliputi 40% daripada bilangan rakyat Malaysia.
Manakala, bagi M40 pula, mereka yang berpendapatan isi rumah pendapatan RM3861-RM8319. Mereka ini meliputi 40% rakyat Malaysia.
Kerajaan akan memberi bantuan kewangan mengikut taraf pendapatan isi rumah masing-masing.
Selain isi rumah, golongan yang akan mendapat manfaat ini adalah mereka yang berstatus bujang dan berumur 21 tahun ke atas. Ini adalah berita baik bagi golongan bujang kerana akan dapat menggunakan kemudahan ini untuk menampung kos hidup.
Kami di sini, portalsemakan.com berkongsi dengan anda cara unutk memohon dan semakan.
Jumlah Pemberian Bantuan Prihatin Nasional
Anda boleh rujuk kepada jadual rasmi yang telah disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia ini.
Kategori | Jumlah |
Isi rumah pendapatan RM400 ke bawah | RM1600 |
Isi rumah pendapatan RM4001 hingga RM8000 | RM1000 |
Bujang pendapatan RM2000 ke bawah | RM800 |
Bujang pendapatan 2001 hingga RM4000 | RM500 |
Permohonan Baru BPN 2020
Jika nama anda tiada di dalam database , anda perlulah membuat permohonan baharu dengan cara layari laman web: bpn.hasil.gov.my
Permohonan baru perlu dilakukan dengan memasukkan maklumat anda yang betul.
Menurut pihak LHDNM di laman Telegram milik mereka , mereka akan menghantar email kepada mereka yang telah lulus dan mereka tidak perlu lagi untuk membuat permohonan baharu.
Bila Duit Akan Masuk?
Menurut pihak MOF, bantuan ini akan dimasukkan ke dalam akaun para pemohon pada hujung bulan April dan Mei. Namun, masih tiada tarikh rasmi dan khusus yang dikeluarkan.
Bagi Pembayar Cukai
Bagi golongan pembayar cukai, pihak LHDN mempunyai rekod pendapatan bulanan anda. Oleh yang demikian, pihak LHDN sendiri yang menetapkan anda akan termasuk dalam kategori mana, dan adakah anda layak unutk menerima bantuan kewangan ini.
Soalan Mengenai BPN
Berikut beberapa persoalan yang sellau ditanya.
Soalan: Bilakah tarikh bayaran?
Jawapan: Dibuat pada hujung bulan April dan MEi
Soalan: Bagaimanakah kaedah bayaran?
Jika ada makumat akaun di dalam sistem BSH, maka, bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun anda. Manakala jika ada maklumat akaun, akan tetapi proses pengkreditan gagal, maka ianya akan dibayar secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN). Jika penerima tidak mempunyai akaun, maka pembyaran juga akan dilakukan di BSN.
Soalan:Bagimana cara semak status permohonan?
Anda boleh menyemak status permohonan melalui laman web https://bsh.hasil.gov.my atau https://hasil.gov.my
Soalan: Jika ada pertanyaan, pihak manakah yang boleh dihubungi?
Dua pihak yang boleh anda hubungi, iaitu Pihak Kementeria Kewangan dan juga pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pihak | No telefon/email | Waktu Operasi |
Kementerian Kewangan (MOF) | 03-8882 9089 03-8882 9087 03-8882 9191 03-8882 4565 03-8882 4566 email: [email protected] [email protected] Telegram: PRE PRIHATAN | Jam 9 pagi – 5 petang (Ahad- jumaat) Mulai 29 Mac 2020 |
Lembaga Hasil Dalam Negeri | 1-800 882 747 03-8911 1000 | 9 pagi – 5 petang (ahad- jumaat) Mulai 30 Mac 2020 |
Di kesempatan ini, kami ingin menyampaikan pesanan daripada Kementerian Kewangan agar berhati-hati dengan scammers. Pastikan anda tidak mengisi sebarang borang secara online mahupun offline dan memberikan butir-butir anda. Perlu diingati, and acuma perlu mengisi borang permohonan dan membuat semakan pada laman web rasmi MOF dan LHDN sahaja.
Jika anda mendapat panggilan telefon dari mana-mana yang mana meminat maklumat peribadi anda ataupun login details berkenaan BSH, sila matikan telefon anda dan berhati-hati kerana saban hari penjenayah cyber makin berleluasa.