e-Penyata gaji merupakan sistem yang diwujudkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).Sistem online ini membolehkan para penjawat awam menyemak slip gaji / penyata gaji bulanan masing-masing.
Setiap penjawat awam, wajib menggunakan sistem ePenyata ini. Sistem ini juga merupakan salah satu inisiatif ke arah sifar kertas bagi penggunaan slip gaji.
Login e-Penyata Semakan Slip Gaji
Untuk masuk ke dalam sistem e-penyata, anda bolehlah terus login ke dalam pautan ini: https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx
Klik link tersebut, dan anda akan dibawa kepada laman login.
Seperti yang tertera pada gambar di atas, masukkan no kad pengenalan anda dan juga kata laluan. Kemudian daftar masuk.
Pertama Kali Mendaftar e-Penyata
Jika anda sebelum ini tidak pernah menggunakan sistem e-penyata ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
Klik sini untuk mendaftar akaun baru e-penyata ANM.
Isi kesemua maklumat yang diminta. Pastikan maklumat yang diberikan adalah semuanya betul. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan.
Medan yang wajib anda isi semasa membuat pendaftaran adalah;
- No mykad (kad pengenalan)
- No gaji
- kata laluan (password)
- sahkan kembali kata laluan.
- soalan keselamatan (penting jika anda terlupa kata laluan)
- Jawapan kepada soalan keselamatan (pastikan anda ingat.)
- KLIK OK.
Terlupa Kata Laluan e-Penyata
Ada ketikanya anda terlupa akan kata laluan, jika ya. anda boleh dapatkan kembalik dengan klik –> LUPA KATA LALUAN
Masukkan no kad pengenalan anda dan juga nogaji. Kemudian klik seterusnya.
Carian maklumat Slip
Selepas login, klik submenu yang tertera tulisan “sendiri”. Menu tersebut akan membawa anda fungsi untuk muat turun penyata gaji bulanan dan pendapatan tahunan.
Hubungi
Jika ada sebarang persoalan mengenai sistem e-penyata gaji, anda bolehlah hubugni pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada :
e-mel rasmi [email protected]
jangan lupa untuk setakan nama penuh anda, No.kad pengenalan , No.Gaji, No.Kod Pejabat Perakaunan, No.Kod Jabatan dan No.Kod Pusat Pembayar.
Cara dapatkan Penyata gaji lama
Bagaimana cara untuk mengakses jika penyata gaji yang dikehendaki bertarikh bertahun lamanya iaitu sebelum 2010?
Sistem ePenyata Gaji dan Laporan dibangunkan secara rasmi oleh penjawat awam mulai bulan Oktober tahun 2010. Aplikasi ini dicipta selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010 pada waktu itu.
Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan yang diedarkan pada tahun-tahun SEBELUM Oktober 2010 adalah secara manual (hardcopy). Cuma SATU penyata sahaja yang diberikan kepada setiap individu/penjawat awam. Tidak terdapat salinan simpanan yang disimpan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara. Tanggungjawab membuat salinan dan menghapus penyata tersebut adalah berada bawah tugas individu sendiri.
Komponen saraan dalam perkhidmatan
Jumlah Gaji (Pendapatan) = Gaji Pokok + Imbuhan Tetap + Komponen Berubah
Gaji Pokok merupakan satu jumlah wang (upah) yang ditetapkan bagi anggota sektor awam yang berasaskan konsep gaji yang berpatutan untuk menyara keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Imbuhan Tetap adalah bayaran yang setiap bulan diberi kepada anggota yang layak seperti Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Jawatan Utama.
Komponen Berubah terdiri daripada pelbagai elaun yang tidak kekal yang diberikan berasaskan kriteria yang ditentukan.
Prinsip Saraan Dalam Perkhidmatan
BIL. | PRINSIP SARAAN | HURAIAN |
---|---|---|
1. | Kadar Upah Untuk Kerja (Rate for the Job) | Prinsip ini menetapkan bahawa seseorang pegawai yang menyandang sesuatu jawatan hendaklah dibayar upahan mengikut jenis kerja dan tanggungjawab yang dijalankan. Semakin berat dan kompleks tugas dan tanggungjawab yang dijalankan, semakin tinggi upahan yang diterima. |
2. | Kelayakan Masuk dan Latihan | Prinsip yang memerlukan seseorang calon memenuhi syarat kelayakan dan latihan yang ditetapkan bagi melayakkannya menjalankan sesuatu kerja dalam sektor awam dan prinsip ini membolehkan kadar upah ditentukan berdasarkan kepada kelayakan dan latihan yang ditetapkan dalam sesuatu skim perkhidmatan. |
3. | Relativiti dan Pariti | Relativiti: satu hubung kait munasabah dalam struktur gaji antara gred jawatan lebih tinggi dengan gred jawatan lebih rendah. Contohnya relativiti antara pegawai gred 48 dengan gred 29.Pariti: pegawai perkhidmatan awam dalam kumpulan perkhidmatan setaraf sewajarnya menerima saraan yang setaraf. Contohnya pariti di antara pegawai gred U54 dengan M54. |
4. | Perbandingan Adil | Prinsip perbandingan adil menetapkan saraan yang diterima oleh pegawai perlulah munasabah dan secara keseluruhannya setanding dengan saraan semasa bagi jawatan setaraf di pasaran bagi membolehkan sektor awam menarik dan mengekalkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran. |
5. | Gaji Pokok Dengan Komponen Berubah | Prinsip ini menetapkan supaya pegawai dibayar gaji yang mencukupi untuk menyara keperluan hidup asas (living wage) yang mengandungi keperluan bagi makanan, pakaian dan tempat tinggal. |
6. | Pengasingan | Prinsip ini mengasingkan pentadbiran saraan bagi badan-badan berkanun bertentu yang mempunyai kemampuan dari segi sumber kewangan dan jentera organisasi yang kukuh daripada sistem saraan sektor awam yang lain. |
Tarikh Pergerakan Gaji Ditentukan
Menurut perenggan 27(1) P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) seseorang pegawai lantikan tetap dan sementara hendaklah sebagaimana yang dinyatakan Jadual Kedua seperti di bawah:
Rujukan:
- Perenggan 27(1), P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012; dan
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.
Mengenai gaji Penjawat Awam
Peraturan 25(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012] adalah proses yang dilaksanakan bagi pegawai yang dilantik untuk kali pertama yang memohon untuk mendapatkan gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji yang ditawarkan berdasarkan kepada pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang disandangnya.
Pengalaman yang boleh diambil kira berdasarkan Peraturan 25(2), P.U. (A) 1/2012:
- Pengalaman di sektor swasta;
- Pengalaman di sektor awam [Contract of Service, Contract for Service, Pekerja Sambilan, Pekerja Khidmat Singkat (PKS), Skim
- Perkhidmatan Singkat (SPS), Pekerja Sambilan Harian (PSH), Talent Acceleration In Public Service (TAPS)]; dan
- Sementara.
PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
a. Peraturan 25(7), P.U. (A) 1/2012 adalah proses menetapkan gaji permulaan pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan yang kemudiannya dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain, gaji permulaan pegawai itu adalah pada gaji yang lebih tinggi yang perbezaannya terhad kepada satu pergerakan gaji biasa di gred atau jawatan terdahulu.
b. Peraturan 25(8), P.U. (A) 1/2012 adalah proses menetapkan gaji permulaan pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dilantik ke skim perkhidmatan yang lain pada tarikh yang sama atau lebih awal dari tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulunya, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu, terhad kepada gaji maksimum di gred tersebut sebelum menentukan gaji permulaan pelantikan itu.
c. Punca Kuasa:
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) [Pindaan] 2017;
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) [Pindaan] 2012;
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012];
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 [PP 1/2016];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013 [PP 36/2013];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 [PP 2/2013];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 [PP 1/2012];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2011 [PP 2/2011];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2003 [PP 1/2003;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 [PP 4/2002];
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2001 [PP 7/2001;
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1979 [PP 4/1979];
- Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 2 Tahun 2017
- Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bilangan 1 Tahun 2020
- Pandangan Perundangan; dan
- Ketetapan Suruhanjaya.
Berapa lama data penyata gaji disimpan dalam sistem ePenyata?
Bagi penyata bulanan, penyata gaji disimpan sehingga 18 bulan ke belakang.
Manakala bagi penyata tahunan pula, 7 tahun ke belakang.
Bagaimana nak dapatkan no gaji ?
No gaji boleh diperolehi dengan menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat di mana anda bekerja.
Bagaimana nak guna ePenyata pada telefon bimbit/ smartphone?
Anda boleh terus layari laman web anm.gov.my dan log masuk seperti biasa.Namun dinasihati agar install dahulu pdf reader pada smartphone anda. Ini bagi membolehkan slip gaji berformat PDF boleh dibaca/ dibuka.
ePenyata ada apps tak?
Ada. Bagi pengguna android –https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.epayslipmobile&hl=en
Bagi pengguna apple/ ios – https://apps.apple.com/my/app/epayslip-janm/id1481434530
Pasang pada smartphone anda bagi memudahkan akses kepada sistem e-Penyata slip gaji online.