SPGATM Login : Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia

Posted on

Isu Semasa

SPAGTM meruapakn portal khusus buat angkatan tentera Malaysia (ATM) untuk membuat semakan penyata gaji bulanan masing-masing. Portal ini membolehkan anda membuat semakan serta memuat turun penyata gaji bulanan ATM.

Cara Login SPGATM

Untuk login ke dalam sistem SPGATM, bolehlah layari https://spgatm.ugat.mil.my/ . Masukkan nama pengguna kemudian teruskan dan ikuti langkah seterusnya. Jika anda terlupa nama pengguna boleh klik bahagian ‘Lupa nama pengguna’.

SPGATM Login : Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia 1
SPGATM Login : Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia 3

Mengenai Jabatan Urusan Gaji

Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera merupakan sebuah organisasi yang bertindak sebagai pusat pemprosesan gaji dan elaun di bawah pentadbiran Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia. Secara umumnya fungsi Jabatan Arah merangkumi proses penyediaan pembayaran, pengauditan, perakaunan, khidmat nasihat dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan potongan gaji serta Pengurusan Akaun Panjar dan Akaun Tabung Rejimen.

Hubungi

Jika terdapat sebarang persoalan mengenai gaji angkatan tentera Malaysia, bolehlah hubungi:

  • Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera Malaysia Kementerian Pertahanan Jalan Padang Tembak 50634 Kuala Lumpur
  • Sebarang aduan berkenaan sistem gaji ATM boleh di email: [email protected]

CARA DAFTAR SISTEM SPGATM

Anda boleh menghubungi Pegawai Gaji tempat anda bertugas.

Maklumat perlu untuk login kali pertama

Secara lalai anda perlu memasukkan nombor tenteranombor kad pengenalan awam serta alamat emel yang sah dan betul semasa kali pertama anda memasuki SGATM. Walaubagaimanapun anda dikehendaki untuk menukar nama pengguna dan kata laluan bagi tujuan keselamatan dan memelihara kerahsiaan informasi anda.

Bolehkah orang lain yang tolong daftarkan

Berdasarkan polisi keselamatan pihak pentadbir SGATM, pegawai/anggota adalah bertanggungjawab ke atas pendaftaran kali pertama untuk memasuki SGATM kerana pendaftaran kali pertama akan disimpan ke dalam pangkalan data dan diambilkira untuk kemasukan ke dalam SGATM seterusnya.

Cara download penyata gaji dan borang EC

Bagi membolehkan anda memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC, anda perlu memastikan peranti anda mempunyai aplikasi pdf reader terlebih dahulu. Kegagalan anda untuk memenuhi keperluan tersebut akan menyebabkan anda gagal untuk memuat turun Penyata Gaji dan Borang EC tersebut dan dokumen tersebut hanya boleh dipaparkan sahaja (view only).

Saya terkeluar secara tiba-tiba ketika login

Ini adalah berikutan SGATM hanya membenarkan single sign in dan kemasukan ke SGATM secara serentak(menggunakan nama pengguna yang sama) adalah tidak dibenarkan.

Saya terlupa kata laluan

Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh mengakses menu terlupa kata laluan dan pautan terlupa kata laluan sementara akan dihantar ke alamat emel yang telah didaftarkan.

artikel lain:

Tags:

bantuan terkini