Cara Permohonan Tahun 1 Kemasukan 2025

Pendaftaran Tahun 1 di Malaysia kini menjadi lebih mudah dengan kehadiran Sistem Pengurusan Identiti (idMe). Sistem ini memudahkan ibu bapa dan penjaga untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah rendah dengan lebih efisyen. Artikel ini akan memberikan panduan lengkap langkah demi langkah bagaimana untuk mendaftar Tahun 1 melalui idMe.โ€‹

Cara Pendaftaran Tahun 1 2025 (Permohonan Online)

Langkah 1: Pastikan Anda Mempunyai Akaun idMe Sebelum memulakan proses pendaftaran, pastikan anda mempunyai akaun di idMe https://idme.moe.gov.my/login. Jika belum ada, layari laman web rasmi idMe dan klik “Daftar Baru”. Isikan maklumat yang diperlukan dan pastikan anda menyemak emel untuk mendapatkan kata laluan. Log masuk ke dalam sistem idMe menggunakan kata laluan yang diberikan, dan tukar kata laluan kepada yang baru.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Langkah 2: Lengkapkan Maklumat Awal Mengenai Anak Selepas log masuk, pergi ke bahagian “Aplikasi” dan klik pada “Pengurusan Awam”. Klik pada “Pengurusan Profil” dan lengkapkan maklumat peribadi ibu, bapa, atau penjaga, serta maklumat anak atau jagaan. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.

Langkah 3: Membuat Permohonan Kemasukan Tahun 1 Selepas melengkapkan maklumat awal, pergi ke menu “Permohonan Kemasukan” dan pilih “Permohonan Tahun 1”. Pilih sekolah berdasarkan alamat tempat tinggal dan lengkapkan maklumat yang diperlukan. Muat naik dokumen lengkap mengikut format dan saiz yang ditetapkan. Seterusnya, buat pengesahan permohonan dan cetak borang permohonan bersama borang sokongan.

Langkah 4: Sahkan Pendaftaran di Sekolah Setelah permohonan dalam talian selesai, ibu bapa atau penjaga perlu membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk proses pengesahan dalam tempoh 14 hari. Bawa dokumen-dokumen seperti salinan sijil lahir, kad pengenalan ibu bapa atau penjaga, serta bukti tempat tinggal. Setiap sekolah mungkin mempunyai keperluan dokumen yang sedikit berbeza.

Langkah 5: Semak Status Permohonan Status permohonan boleh disemak di laman idMe. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan. Pengesahan penempatan boleh dibuat dengan hadir ke sekolah atau secara dalam talian.

permohonan tahun 1

Proses pendaftaran Tahun 1 melalui idMe adalah mudah dan efisien. Ibu bapa hanya perlu memastikan maklumat anak telah diisi dengan betul, membuat pilihan sekolah, dan memastikan pengesahan dibuat di sekolah pilihan dalam tempoh yang ditetapkan. Dengan panduan ini, anda dapat menjalankan proses pendaftaran dengan lebih lancar