Login PTPTN – Semakan Penyata Baki Pinjaman & Permohonan

Mencari pautan untuk login PTPTN? Teruskan pembacaan ke bawah.Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan insturmen yang diwujudkan kerajaan bagi membantu pelajar di pusat pengajian tinggi.

Para pelajar akan diberikan bantuan kewangan untuk membayar yuran pengajian di Universiti/ Kolej serta untuk sara diri ketika melanjutkan pelajaran.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Pinjaman PTPTN menjadi pilihan pelajar ini kerana ianya adalah badan organisasi kerajaan yang mana meluluskan pinjaman pelajaran dengan mudah.

Di sini kami kongsikan pautan untuk anda login PTPTN.

Cara Login PTPTN Semakan Akaun

Semakan baki pinjaman PTPTN boleh dilakukan dengan cara berikut :

  1. dengan melayari http://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/
  2. Anda cuma perlu memasukkan no kad pengenalan
  3. dan klik semak.
cara semakan penyata PTPTN

Setelah berjaya login, ikuti arahan seterusnya untuk membolehkan anda menyemak baki pinjaman atau penyata akaun anda.Anda boleh juga terus login PTPTN pada pautan di bawah ini: https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login

login dan buat semakan penyata PTPTN

Selepas anda memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan, klik login / log masuk.

Permohonan Pinjaman PTPTN

Untuk membuat pinjaman baharu PTPTN,

  1. layari : https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/register
  2. Masukkan segala butiran-butiran yang diminta pada borang permohonan online PTPTN tersebut.
  3. Selesai memasukkan, klik daftar dan ikuti langkah-langkah seterusnya.

Adakah Perlu Tunggu Notis Sebelum Membayar PTPPTN?

Para peminjam adakalanya ingin menunggu notis terlebih dahulu daripada PTPTN, barulah mula membuat pembayaran.Menurut PTPTN, para peminjam tidak perlu menunggu notis daripada mereka untuk memulakan pembayaran.
PTPTN turut menambah, bayaran lebih awal adalah lebih baik kerana ianya tidak akan dikenakan kos upah.

Bila Tarikh Akhir Bayaran Setiap Bulan?

Untuk membolehkan pembayaran anda dikemaskini pada bulan yang sama anda membayar, bayaran perlulah dilunaskan sebelum 27 haribulan.Pembayaran yang dilakukan selepas 27 haribulan, akan dikemaskini datanya pada bulan hadapan.

Namun, ianya berbeza bagi bayaran terus di kaunter PTPTN. Ini kerana ianya akan dikemaskini pada hari yang sama.

Bayaran Kurang Dari Ansuran Bulanan

Jika bayaran ansuran bulanan adalah RM150, akan tetapi anda cuma membayar RM140, ini akan menyebbakan tunggakan akan bertambah. Hal ini dilarang oleh PTPTN dilakukan. Ini kerana boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil.

Jika anda tidak dapat membayar jumlah yang ditetapkan, anda perlulah hadir ke pejabat PTPTN dan berbincang untuk membuat penstrukturan semula bayaran pinjaman bulanan yang mampu anda lakukan.

Bayaran Lebih Daripada Ansuran Bulanan

Jika anda membayar lebih daripada ansuran bulanan yang diminta, ini akan menyebabkan hutang anda selesai dengan lebih cepat.
Selain itu, ianya akan dapat mengelak kos upah yang dikenakan PTPTN.
Pihak PTPTN amat menggalakkan anda melakukan sebegini.

Bagaimana Cara Bayar PTPTN?

Bayaran PTPTN boleh dilakukan dengan pelbagai medium. PTPTN telah mewujudkan kaedah bayaran balik yang pelbagai. Ianya boleh dilakukan hanya secara online atau hadir ke kaunter.
Lihat sini senarai penuh medium pembayaran PTPTN.

Pembayaran Penuh PTPTN

Jika anda berhasrat untuk membayara penuh secara habis hutang, anda boleh lakukannya dengan hadir ke kaunter atau lakukan secara online.

Namun, anda perlulah memaklumkan kepada pihak PTPTN bagi membolehkan mereka mengeluarkan surat pelepasan hutang (PSH)

Bayaran Dengan Autodebit

Bayaran PTPTB autodebit lebih memudahkan. Ini kerana anda tidak perlu gusar jika terlepas untuk membayar.

Bayaran akan terus ditolak dari akaun peribadi anda.

Jika anda berhasrat untuk mendaftar pembayaran secara autodebit, lawati pautan ini.

Bayaran Secara Potongan Gaji

Bayaran potongan gaji boleh dilakukan dengan membuat permohonan terlebuh dahulu.

Permohonan bayaran pinjaman PTPTN secara potongan gaji boleh dilakukan dengan melayari pautan ini.

Mohon Pengecualian Bayaran Untuk Ijazah Pertama

Kerajaan memberi galakkan untuk para pelajar mendapatkan Ijazah Kelas Pertama kemudian tidak perlu lagi membuat bayaran hutang.

Kerajaan akan menukar pinjaman PTPTN kepada bentuk biasiswa.

Jika anda salah seorang daripada yang mendapat Ijazah Kelas Pertama ini, dan anda ingin memohon pengecualian bayaran, isi borang permohonan di sini.

Semakan Refund Lebihan Bayaran

Ada beberapa situasi dimana para peminjam tidak sedar telah membayar lebih pinjaman. Pihak PTPTN akan memberikan refund/ pemulangan semula lebihan bayaran.

Untuk menyemak lebihan bayaran, klik sini.

Nombor Untuk Dihubungi

Jika anda ada sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263
e-Aduan: iCare

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.