Login i-Akaun: Semakan Penyata Akaun KWSP Online

Anda mencari makumat cara membuat semakan penyata akaun KWSP? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan badan kewangan yang membantu rakyat Malaysia untuk membuat simpnanan bagi kegunaan di hari tua kelak. KWSP mempunyai 2 jenis akaun, iaiatu akaun utama dan juga akaun 2. Wang di dalam kedua-dua akaun ini cuma boleh dikeluarkan mengikut jika menepati syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Jika dahulu, para pencarum perlu ke pejabat KWSP yang berdekatan untuk membuat semakan penyata akaun KWSP. Akan tetapi kini semuanya boleh dilakukan secara online sahaja.

Para pencarum hanya perlu untuk mempunyai capaian internet, kemudian mencipta akaun i-akaun sendiri. Dengan i-akaun ini, pelbagai fungsi untuk KWSP boleh dilaksanakan terus secara online.Sebagai contoh, boleh membuat semakan penyata KWSP Online.

Kami di portalsemakan.com berkongsi dengan anda, bagaimana cara membuat semakan penyata KWSP secara online.

Sebelum anda boleh membuat semakan, anda perlulah mempunyai i-akaun. Ini adalah cara untuk membuat i-akaun KWSP (boleh skip cara ini jika anda telahpun mempunyai akaun ini).

Cara Buat i-Akaun KWSP

Ada beberapa cara untuk anda membuat i-akaun.Antaranya:

  • Hadir ke pejabat KWSP
  • Melalui pendaftaran emel

Hadir Ke Pejabat KWSP

  1. Anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP berdekatan dengan anda.
  2. Bawa bersama mykad / kad pengenalan.
  3. Katakan ini membuat akaun (i-akaun)
  4. Anda akan diberikan ID dan password sementara.
  5. Setelah mendapat ID dan password sementara, bolehlah klik sini untuk login.
  6. Setelah login, bolehlah isi semua maklumat yang diminta dan tukar ID serta kata laluan kepada yang baru.
  7. Setelah mempunyai iakaun, kini anda boleh login pada bila-bila masa sahaja ke dalam sistem KWSP.

Pendaftaran email

KWSP telah memudahkan lagi proses pendaftaran kepada ramai pihak. Kini pendaftaran boeh dilakukan melalui emel. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Akses borang pendaftaran di sini: Borang
  2. Isikan semua ruangan yang diperlukan di dalam borang berkenaan.
  3. Gunakan perisian Adobe fill and sign ini untuk memudahkan melengkapkan borang.
  4. Dokumen yang telah lengkap diisi, hantar ke email [email protected]
  5. Tajuk email seperti berikut: Pendaftaran i-Akaun Ahli <masukkan nama anda>
  6. Jangan lupa kepilkan/ sertakan sekali dokumen yang diperlukan.
  7. Dokumen diperlukan adalah, gambar IC anda depan dan belakang.
  8. Swafoto / selfie bersama anda yang sedang memegang IC.
  9. Bukti pemilikan no telefon dan penyata bank akaun anda.

Perlu diberi perhatian, kelulusan melalui pendaftaran email ini adalah tertakluk kepada semakan yang dilakukan oleh pihak KWSP. Pihak KWSP berhak untuk menolak permohonan jika terdapat sebarang syarat dan terma tidak dipatuhi.

Pendaftaran melalui email ini pula hanya dilakukan secara sekali sahaja. Semak petimasuk email anda berulang kali untuk mengetahui jika terdapat notifikasi balasan daripada pihak KWSP.

Cara Membuat Semakan Penyata Akaun KWSP Online

Sekarang dah ada i-akaun. Begini cara anda boleh membuat semakan penyata.

Login Sini

Setelah berjaya login, akan dinyatakan penyata anda secara rumusan, seperti gambar di bawah:

semakan penyata akaun kwsp secara kasar. Akan ditunjukkan sebaik sahaja anda berja login ke dalam i-akaun kwsp. Kemudian, klik my account yang tertera di atas.

Untuk melihat secara terperinci penyata anda, pergi ke > My account .

Anda boleh juga terus memuat turun penyata ke dalam peranti anda.

Paparan yang dikeluarkan selepas anda klik my account pada menu i-akaun KWSP.
Klik download untuk muat turun penyata

Mudah bukan?

Semakan Melalui Aplikasi KWSP

Nak lebih mudah, anda boleh download dan pasang aplikasi kwsp di peranti anda.

Selepas ini, mudahlah untuk anda membuat semakan penyata akaun KWSP secara online. Anda tidak perlu lagi untuk datang ke pejabat KWSP berhampiran anda.

Akaun i-Lestari

i-Lestari adalah inisiatif kerajaan untuk membenarkan pengeluaran wang pada akaun 2 KWSP. i-Lestari mula dilaksanakan pada 1 April 2020. Para pencarum kini boleh membuat pengeluaran pada akaun 2.

Para pencarum perlu mengemumkakan permohonan untuk mengeluarkan akaun 2 setiap bulan sebelum 30 Haribulan.

Ada beberapa cara untuk anda memohon pengeluaran akaun i-Lestari, antaranya adalah:

  • Secara online melalui i-Akaun
  • Emailkan permohonan anda [email protected]; or
  • Melalui post dengan poskan ke alamat:
    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,Beg Berkunci No 220,Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya
  • Borang permohonan : Download sini.https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf
  • Pengeluaran maksima RM500 setiap bulan ini boleh dilakukan bermula 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
  • Permohonan yang dilakukan pada bulan April, akan diluluskan pengeluarannya pada bulan Mei.
  • Anda perlu membuat permohonan setiap bulan.

Kesimpulan

Gunakanlah fasiliti yang telah disediakn kerajaan ini dengan bijak dan berhemah. Semoga dengan wang KWSP ini dapat menjamin kehidupan yang lebih selesa di masa akan datang.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.