MyCRS 2023 Permohonan Carseat Percuma Kanak-kanak

Program Insentif Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) 2023 adalah sebuah inisiatif yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Program ini dirancang khusus untuk rakyat Malaysia dari golongan B40 dan M40 dengan tujuan meningkatkan kesedaran berhubung keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Kelayakan dan Cara Memohon

Semakan kelayakan dapat dilakukan melalui Laman Sesawang MyCRS (Semakan) mulai 19 Jun 2023 hingga 30 September 2023. Penerima yang disenarai layak dapat menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak di kedai bayi yang telah berdaftar dengan MIROS.

Jumlah insentif maksima di bawah program ini adalah sehingga RM150. Kerusi keselamatan yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli/diperolehi secara percuma; manakala untuk kerusi keselamatan yang berharga RM150 ke atas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif.

Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di Laman Sesawang MyCRS (Daftar Permohonan) mulai 1 Julai 2023 hingga 15 September 2023. Pemohon hanya dibenarkan untuk menghantar satu permohonan kerusi keselamatan bagi satu isi rumah.

MyCRS 2023 Permohonan Carseat Percuma Kanak-kanak 2
MyCRS 2023 Permohonan Carseat Percuma Kanak-kanak 4

Tempoh Penebusan

Tempoh penebusan insentif MyCRS 2023 adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan habis diguna pakai. Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi MyCRS 2023 atau rujuk Panduan Pengguna MyCRS 2023.

Hubungi

Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melalui email: [email protected].

Program ini adalah bagian dari Bantuan BELANJAWAN 2023, portal rasmi bantuan kerajaan untuk BELANJAWAN 2023 yang menyokong keperluan Rakyat.

BACA JUGA:  Permohonan Bantuan Kewangan JKM 2023