SAPS Ibu Bapa 2023: Login Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

SAPS Ibu Bapa merupakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang diwujudkan oleh KPM.SAPS memudahkan guru dan juga ibu bapa untuk memasukkan markah peperiksaan dan melihat prestasi pelajar di dalam peperiksaan.Bagi guru, SAPSNKRA adalah sistem di mana para guru login dan key in markah exam setiap murid yang berada di bawah kelas mereka mengajar.Ibu bapa pula , boleh login ke dalam Sistem SAPS Ibubapa untuk melihat markah peperiksaan pelajar bagi setiap semester peperiksaan.

Nak login ke dalam sistem APDM? Layari Aplikasi Pangkalan Data Murid.

Login Sistem SAPS 2023 (SAPSNKRA)

Untuk masuk ke dalam SAPS, boleh layari: https://sapsnkra.moe.gov.my/

Manakala bagi ibu bapa, login ke SAPS Ibu bapa melalui pautan: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Cara Semakan Keputusan Peperiksaan (Slip result exam)

Caranya adalah:

  1. Layari https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir
  3. Pilih maklumat sekolah (negeri, daerah dan nama sekolah)
  4. Klik semak.
  5. Semakan ini untuk pelajar yang berada di Sekolah Rendah dan Menengah. Tidak termasuk tingkatan 6.

Tarikh pengisian markah peperiksaan adalah tertakluk kepada takwim yang dikeluarkan oleh KPM dan sebarang pindaan yang dilakukan.

Jika terdapat sebarang permasalahan berkenaan SAPS, bolehlah hubungi Setiausaha Peperiksaan SAPS anda di sekolah masing-masing.

Join Telegram di t.me/portalsemakandotcom bagi info terkini pendidikan dan info semasa.

Soalan Lazim SAPS

Saya guru dan tidak mempunyai ID SAPS.Apa perlu saya buat?

Sila maklumkan SUP SAPS sekolah anda untuk mendapatkan ID.

Saya terlupa login saya.

Jika anda guru, dapatkan kembali pada SUP anda.

Bagaimana cara buat pembetulan maklumat murid tidak betul?

Guru tidak boleh membuat pembetulan sendiri. Laporkan kepada SUP.

Jika terdapat perubahan markah peperiksaan pelajar/murid, perlukan dimaklumkan kepada SUP?

Ya. Ini bagi mendapatkan analisis terkini.

Artikel lain: