Semakan Cukai Tanah Selangor Tahun 2025 Online

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor adalah badan yang bertanggunjawab untuk memungut cukai tanah di negeri berkenaan. PTG Selangor telah menyediakan portal untuk anda membuat semakan cukai tanah Selangor seterusnya membuat pembayaran terus secara online.

Semakan Cukai Tanah Selangor

Berikut adalah cara untuk membuat semakan cukai tanah Selangor secara online.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

  1. Layari laman web https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml
  2. Masukkan no akaun dan isikan captcha yang diminta.
  3. Buat semakan mengikut perincian sama ada cukai tanah atau cukai petak.
  4. Klik cari.

Maklumat mengenai bil anda akan dipaparkan dan anda boleh membuat pembayaran secara online menggunakan fungsi pemindahan wang FPX.

Semakan Cukai Tanah Selangor Tahun 2025 Online 2

Cara Pembayaran

Cara membuat pembayaran cukai tanah Selangor adalah;

layari : https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml Kemudian ikuti langkah berikut.

  1. No. Hakmilik / No. Akaun boleh didapati pada Bil Cukai Tanah dan Cukai Petak semasa.
  2. Tutup sebarang fungsi ‘Pop-Up Blocker’ pada web browser anda sebelum membuat pembayaran.
  3. Anda perlu mencetak resit bayaran yang dikeluarkan oleh PTG Selangor. Resit ini adalah sah dan boleh digunapakai sebagai bukti bayaran.
  4. Perkhidmatan bayaran ini boleh diakses 24 jam setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am. Pembayaran yang melebihi RM30,000 boleh dilaksanakan menggunakan Akaun Bank Korporat melalui transaksi B2B. Pelunasan bayaran melalui B2B akan terbatal sekiranya tiada pengesahan dalam tempoh 5 hari.
  5. Bayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak Negeri Selangor Secara Online adalah dengan menggunakan FPX (Financial Process Exchange).
  6. Pihak PTG Selangor tidak akan membuat bayaran balik (refund) kepada pembayar jika bayaran cukai yang dibuat melalui transaksi online ini melebihi daripada amaun cukai patut bayar dalam tahun semasa. Lebihan duit tersebut akan dimasukkan untuk bayaran cukai tahun berikutnya.

Untuk dihubungi

Jika terdapat sebarang masalah boleh hubungi PTG Selangor di talian 03-5521 2538 / 03-5544 7328 / 03-5520 5636 atau e-mail ke [email protected].

artikel lain:

1. Di manakah saya boleh dapatkan Bil Hasil Tanah jika saya tidak menerimanya?

Anda sebagai Pemilik Tanah Berdaftar boleh memperolehi Bil Hasil Tanah di mana-mana Pejabat Tanah & Daerah dan juga Pejabat Tanah Galian dengan menunjukkan maklumat seperti Nombor Hakmilik dan Nombor Lot.

ย 2. Kenapa saya tidak boleh menukarkan alamat di Bil Hasil Tanah?

Sebarang pertukaran alamat perlu dibuat di atas geran sahaja. Pemilik tanah berdaftar perlu mengisi Borang 26A Perubahan Alamat dan hubungi Bahagian Pendaftaran Hakmilik Pejabat Tanah & Galian atau Pejabat Tanah & Daerah dimana hartanah pemilik berada untuk sebarang urusan tersebut.

3. Adakah saya perlu membayar Bil Hasil Tanah sedangkan saya tidak pernah mendapat bil?

Menurut Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965, pemilik tanah yang berdaftar adalah dipertanggungjawabkan untuk membayar cukai tanah yang dimilikinya tanpa gagal.

4. Dimanakah saya boleh membayar Bil Hasil Tanah?

Bil Hasil Tanah boleh dilunakskan di kaunter Pejabat Tanah & Galian, Pejabat Tanah & Daerah, Kaunter Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran & Majlis Daerah di seluruh Selangor (secara tunai sahaja) dan di Kaunter Pejabat Pos seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan (tunai sahaja). Bil Hasil Tanah juga boleh dibayar secara perbankan internet melalui bank-bank terpilih (sila rujuk Bil untuk maklumat bank)