Skim Pembiayaan Tekun Niaga merupakan satu inisiatif oleh TEKUN yang bertujuan untuk membantu usahawan dalam membiayai perniagaan mereka. Skim ini beroperasi berdasarkan prinsip tawarruq, yang melibatkan dua kontrak jual beli yang berasingan.
Dalam kontrak pertama, TEKUN menjual komoditi kepada pelanggan dengan harga yang telah dipersetujui pada peringkat awal. Harga ini merangkumi jumlah pembiayaan ditambah dengan keuntungan yang dibayar secara bertangguh. Kontrak kedua berlaku apabila pelanggan menjual semula komoditi yang telah dibeli kepada pihak ketiga secara tunai.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Butiran Pembiayaan
Skim ini menawarkan dua jenis pembiayaan: Skim Pembiayaan Kecil (SPK) dan Skim Pembiayaan Sederhana (SPS).
Skim Pembiayaan | Jumlah | Tempoh Bayaran |
---|---|---|
Skim Pembiayaan Kecil (SPK) | >RM 10,000 โ RM50,000 | Sehingga 5 tahun |
Skim Pembiayaan Sederhana (SPS) | >RM 50,000 โ RM100,000 | Sehingga 10 tahun |
Yuran Wakalah
Selain itu, terdapat juga yuran wakalah yang dikenakan berdasarkan jumlah pembiayaan:
Skim Pembiayaan | Yuran Wakalah |
---|---|
Skim Pembiayaan Kecil (SPK) | >RM 10,000 โ RM50,000 |
Skim Pembiayaan Sederhana (SPS) | RM 150, RM 200, RM 250, RM 300, RM 500 |
Usahawan dikehendaki untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahun. Simpanan ini perlu dibuat bersama dengan bayaran jumlah pembiayaan.
Cara Permohonan
Anda boleh membuat rujukan atau hadirkan diri keย Pejabat Cawangan TEKUNย yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonanย Pembiayaan.
Perlindungan Takaful
Pembiayaan akan dilindungi di bawah Takaful Perlindungan Pembiayaan dalam keadaan keilatan kekal dan menyeluruh (TPD) atau kematian. TEKUN juga menyediakan Takaful Kemalangan Peribadi.
Hubungi TEKUN
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Tekun Nasional melalui emel di [email protected] atau telefon di 03-9059 8888.
Soalan Lazim
Untuk soalan lazim mengenai Skim Pembiayaan Tekun Niaga, sila rujuk ke laman web ini.
soalan lazim (FAQ) mengenai Skim Pembiayaan Tekun Niaga:
- Apakah Skim Pembiayaan Tekun Niaga?
Skim Pembiayaan Tekun Niaga adalah Skim Pembiayaan Mikro yang ditujukan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan secara mikro. - Siapakah yang layak untuk memohon Skim Pembiayaan Tekun Niaga?
Skim ini terbuka kepada Bumiputera dan warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun), dan pemohon tidak boleh menjadi seorang muflis. Syarikat harus 100% dimiliki oleh Bumiputera dan warganegara Malaysia. Pemohon perlu mempunyai salinan Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Pemohon juga perlu mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online) dan terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan. - Apakah jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon Skim Tekun Niaga?
Skim ini terbuka kepada semua sektor perniagaan iaitu Peruncitan, Perkhidmatan, Pembuatan, Pertanian & Perusahaan Asas Tani, Perniagaan Online dan Kontraktor kecil. - Berapakah amaun pembiayaan yang ditawarkan di bawah Skim Pembiayaan Tekun Niaga?
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM1,000 hingga RM 100,000. - Berapa lama tempoh bayaran balik pembiayaan Skim Pembiayaan Tekun Niaga?
Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah 1 tahun hingga 10 tahun. - Berapakah kadar keuntungan bagi Skim Pembiayaan Tekun Niaga?
Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun. - Saya berminat untuk membuat permohonan permohonan Skim Pembiayaan Tekun Niaga. Bagaimakah kaedah permohonan tersebut?
Usahawan boleh menghantar permohonan melalui Pejabat TEKUN Cawangan yang berdekatan dengan premis / lokasi perniagaan pemohon. - Adakah TEKUN Nasional melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan permohonan permohonan Skim Pembiayaan Tekun Niaga?
Pihak TEKUN Nasional tidak melantik ejen atau pihak ketiga dalam menguruskan permohonan Skim SPUMI. - Adakah pihak TEKUN memerlukan sebarang cagaran daripada usahawan untuk memohon permohonan Skim Pembiayaan Tekun Niaga?
Tiada cagaran diperlukan dalam memohon skim SPUMI.