Permohonan Bantuan Ihsan Covid-19 Johor merupakan bantuan khas kepada rakyat Johor.
Mereka yang layak dan menepati syarat yang ditetapkan akan menerima bantuan berbentuk kewangan dari kerajaan Johor.
Bantuan yang diberikan sebanyak RM250 atau RM500. Ianya mengikut kelayakan masing-masing.
Bantuan ini khusus untuk rakyat johor yang terjejas dan tidak menerima sebarang bantuan daripada kerajaan persekutuan.
Permohonan Bantuan Ihsan Covid-19 Johor
Permohonan tidak dilakukan secara online. Ini kerana, kerajaan telah melantik setiap wakil di kesemua daerah untuk menguruskan permohonan setiap rakyat.
Borang Permohonan Bantuan Tunai Ihsan Covid-19 Johor
Anda mencari borang permohonan untuk diisi?
Ya benar, terdapat borang permohonan. Akan tetapi, ianya bukanlah untuk kegunaan rakyat.
Borang tersebut adalah untuk kegunaan wakil ataupun penyelaras pusat saluran sahaja.
Cara Permohonan Bantuan Ihsan Covid-19 Johor
Cara Bagaimana permohonan Ihsan Covid-19 Johor dibuat
Lantikan pusat saluran
Pusat saluran akan melantik wakil yang menguruskan permohonan Ihsan Covid-19
Kenalpasti kumpulan sasar
Wakil yang dilantik tadi bersama pusat saluran akan mengenalpasti golongan yang layak untuk menerima bantuan ini.
Kemaskini borang
Wakil / penyelaras akan mengisi dan mengemaskini borang permohonan.
Memasukkan maklumat e-ihsan
Pusat saluran memasukkan maklumat permohonan ke dalam sistem e-ihsan Johor.
Keputusan Permohonan
Sistem e-Ihsan akan maklumkan keputusan permohonan kepada pusat saluran.
Proses bayaran
Perbendaharaan negeri Johor akan memproses bayaran kepada penerima.
Cara bayaran
Cara bayaran secara electronic fund transfr (EFT) kepada yang ada no akaun. Kepada yang tidak ada, pembayaran secara tunai.
Pemberitahuan keputusan kepada pemohon
Pusat saluran akan mengumumkan secara terus kepada penerima sama ada permohonan diterima atau ditolak. Serta maklumat status pembayaran.
Senarai Nombor boleh dihubungi
Untuk pertanyaan lanjut dan permohonan, hubungi nombor berikut:
- Pejabat Daerah Johor Bahru : 07-223 1963
- Pejabat Daerah Muar: 06-952 1021
- Pejabat Daerah Batu Pahat: 07- 434 1333
- Pejabat Daerah Segamat: 07- 943 5670
- Pejabat daerah Kluang: 07- 771 1305
- Pejabat Daerah Pontian: 07- 687 1322
- Pejabat Daerah Kota Tinggi: 07- 883 1241
- Pejabat Daerah Mersing: 07-799 1121
- Pejabat Daerah Kulai : 07 – 662 2929
- Pejabat Daerah Tangkak: 06-978 1002
Semua maklumat ini boleh diperolehi daripada laman web rasmi kerajaan Johor
Kami mengucapkan selamat membuat permohonan. Semoga permohonan anda diterima.
Untuk pengetahuan, selain bantuan ini, rakyat Johor juga bolehlah mula membuat permohona Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang akan ditutup permohonannya pada pertengahan bulan Februari ini.