Sekiranya anda seorang penuntut di IPT dalam/luar negara yang berasal dari Negeri Kedah, anda boleh memohon bantuan dermasiswa Kedah bagi meringankan kos sara hidup semasa melanjutkan pelajaran.
Pengenalan Dermasiswa Zakat Kedah
1.Dermasiswa Awal IPT merupakan satu bantuan sekali kepada bakal mahasiswa yang akan memasuki tahun pertama IPT samada dalam/luar negara.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
2. Oleh yang demikian,bantuan ini tidak merangkumi pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Sijil TInggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pusat pengajian yang bertaraf sekolah.
3. Perlu diingat bahawa bantuan ini dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH yang mana sumber kewangan adalah hasil kutipan zakat Negeri Kedah dan diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang layak mengikut syarak.
Syarat Kelayakan Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah.
Berikut merupakan syarat kelayakan bagi bantuan Dermasiswa tersebut :
- Pemohon mestilah beragama Islam.
- Pemohon sedang bermastautin/menetap di negeri Kedah.
- Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2021 dan telah membuat pengesahanpengajian dengan pihak Universiti.
- Program pengajian bagi peringkat pasca-siswazah dan separuh masa adalah tidak layak.
- Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bagi bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga bulan pengajian.
- PEmohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat IPT.
- Pelajar yang menyambung pengajian dalam program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah tidak layak memohon.
- Bantuan hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
- Lembaga Zakat Negeri Kedah berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak disi dengan lengkap dan jelas mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Cara Memohon Dermasiswa Zakat Kedah
Sekiranya anda layak,anda boleh membuat permohonan secara atas talian di laman web berikut : http://ipt.zakatkedah.com.my/iptonline/iptonline_borangIPT.wp?subselect=2707
Sila isikan maklumat yang diminta dengan lengkap. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.
Sekiranya anda merupakan rakyat Wilayah Persekutuan,anda boleh memohon bantuzan zakat.
Sila baca disini : https://portalsemakan.com/bantuan-ipt-maiwp/
Selamat memohon!