Bantuan IPT MAIWP merupakan bantuan yang telah disediakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada pelajar-pelajar yang layak bagi meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Terdapat dua jenis bantuan bagi pelajar IPT yang disediakan oleh MAIWP. Ianya adalah;
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
- Bantuan Am Pelajaran IPT
- Bantuan Persediaan IPT
- Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang dalam dan Luar Negara.
Syarat Umum Permohonan Bantuan IPT MAIWP
Sebelum meneruskan permohonan, sila pastikan bahawa anda benar-benar layak untuk memohon bantuan tersebut. Syarat umum permohonan bantuan IPT MAIWP adalah :
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun dan masih menetap di tempat yang sama.
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah). Sila semak kalkulator kelayakan pada pautan ini : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/kalkulator1
Jenis Bantuan MAIWP
Selain bantuan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran, MAIWP juga memberikan bantuan seperti :
- Bantuan Pembangunan Asnaf
- Bantuan Tempat Tinggal bagi mereka yang memerlukan deposit untuk menyewa rumah.
- Bantuan Pendidikan bagi mereka yang ingin membuat persedian ke sekolah.
- Bantuan Berdikari bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan.
- Bantuan pembangunan ummah yang disediakan kepada Agensi Kebajikan dan Institusi Pendidikan.
Cara Mohon Bantuan IPT
Klik setiap pautan di bawah mengikut kategori bantuan yang ingin anda pohon:
- Bantuan Am Pelajaran IPT
- Bantuan Persediaan IPT
- Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang
Bantuan Pelajar Cemerlang
Syarat Umum
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)
Peringkat Diploma
- SPM mendapat sekurang-kurangnya Gred 2A dalam 5 matapelajaran berkaitan
Peringkat Ijazah
- STPM mendapat sekurang-kurangnya 3 prinsipal A termasuk Pengajian Am
- STAM memperolehi sekurang-kurangnya 5 mumtaz 5 Jayyid Jiddan Peringkat Ijazah Lanjutan (pengajian Islam)
- Mendapat Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dari Universiti dalam/ luar Negara
- Purata CGPA 3.5 ke atas
- Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan Ijazah Kedoktoran (Ph.D) Pengajian Islam
- Mendapat Ijazah Sarjana dengan purata CGPA 3.5 ke atas
- Tajuk tesis perlulah dalambidang berkaitan
- Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan
artikel lain:
Berapakah jumlah bantuan yang diberikan?
Jumlah yang diberikan bagi pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf hidup pemohon
Cara dapatkan borang permohonan bantuan?
Sila klik pautan yang telah diberikan atau datang sendir ke pejabat Baitulmal MAIWP
Adakah bantuan perlu dibayar semula?
Tidak