Antara inisiatif yang patut dipuji yang hadir daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia adalah pelaksanaan peranti siswa.
Dengan pelaksanaan ini, pelajar yang layak akan menerima sebuah peranti berupa Samsung Galaxy Tab yang boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran di institut pengajian masing-masing.
Namun, ada juga pelajar yang tidak layak dan permohonan telah ditolak bagi mendapatkan peranti ini.
Cara Buat Rayuan Peranti Siswa
Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menambah lagi bilangan Peranti Siswa yang akan diberikan kepada pelajar.
KKOM juga telah berkongsi cara untuk membuat rayuan bagi mendapatkan peranti ini.
Caranya adalah dengan:
- Berjumpa dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
- Nyatakan sebab dan bukti rayuan perlu dipertimbangkan.
- Tiada rayuan secara online dibuka setakat ini.
MPP diberi tanggungjawab menggalas permohonan rayuan ini bagi mengelakkan mana-mana pelajar yang tercicir dan terlepas pandang tidak mendapat peranti ini.
Terma dan Syarat Peranti Siswa
Apabila anda telah menerima peranti siswa, anda perlulah ketahui apakah terma dan syarat yang ditetapkan kerajaan. Ianya adalah seperti berikut:
Syarat umum
- Warganegara Malaysia;
- Datang dari kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
- Sedang mengikuti pembelajaran di peringkat Matrikulasi, Asasi, Diploma, Diploma Vokasional Malaysia, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia;
- Pelajar Tingkatan Enam (STPM) di bawah KPM (2 semester);
- Bukan seorang pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
- Tidak pernah mendapat pemberian peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
Terma penerimaaan peranti
Penerima peranti siswa perlulah mematuhi hal berikut:
- Bantuan ini cuma melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
- Peranti yang dberikan ini akan menjadi hak milik kekal pelajar secara terus. Perkara ini membawa maksud, pelajar tidak perlu mengembalikan semula peranti apabila telah tamat pengajian.
- Pelajar perlu membuat laporan jika terdapat sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan diberitahu kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.
- Anda dipertanggungjawabkan untuk memastikan keselamatan peranti yang diberi dan ianya tidak boleh dijual beli kepada mana-mana pihak.
- Anda juga perlu mengelakkan peranti yang diterima daripada diconteng, ditulis atau mengalami sebarang jenis tindakan yang dapat menyebabkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.
- Anda perlulah mengikuti peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang bertanggunjawab.
- Peranti perlu digunakan dengan baik untuk aktiviti pembelajaran dan tidak digunakan untuk melayari lamanweb yang tidak mematuhi undang-undang negara.
- Penerima yang tidak mengikuti apa-apa syarat atau menyebabkan apa-apa kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian sendiri boleh diberikan penalti yang akan ditentukan oleh Pentadbir Program.
- Pelajar adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.