Program Dermasiswa TVET Untuk Pelajar B40

Program Dermasiswa TVET Untuk Pelajar B40 ini disediakan bagi pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang TVET di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KP).

Progam ini dijangka akan melibatkan implikasi kewangan yang berjumlah RM36.41 juta bagi setiap pengambilan.

Dan sebagai permulaan, pengambilan pertama program ini akan membabitkan 1,000 pelajar diperingkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Program Dermasiswa TVET
Program Dermasiswa TVET Untuk Pelajar B40 5

Proses Penawaran

Proses penawaran dibuat kepada pelajar yang layak dan ditawarkan tempat pengajian menerusi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) atau melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar di IPT masing-masing.

Tempoh Penajaan

Bagi tempoh penajaan yang ditawarkan adalah selama 3 tahun kepada pelajar peringkat Diploma dan 4 tahun bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda.

Syarat Khas Program Dermasiswa TVET

Syarat khas Program Dermasiswa TVET yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi program ini adalah seperti berikut :

  1. Memperoleh SPM pada tahun semasa bagi pengajian ke peringkat Diploma.
  2. Memperoleh Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf pada tahun semasa bagi pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Program Dermasiswa TVET
Program Dermasiswa TVET Untuk Pelajar B40 6

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Dermasiswa TVET Plejar B40 ini, sila layari laman web rasmi KPT = https://www.mohe.gov.my/

Soalan Lazim

Bolehkah pelajar selain dari golongan B40 untuk memohon program ini ?

Tidak.

Berapa lamakah tempoh penajaan ditawarkan bagi peringkat Diploma ?

Tempoh penajaan yang ditawarkan bagi peringkat Diploma adalah selama 3 tahun.