Program SIP GIG PERKESO 2022 ini merupakan satu inisiatif oleh kerajaan untuk membantu golongan atau individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur, pencari kerja daripada golongan yang terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih untuk bekerja sementara di bawah platform Digitalberdaftar yang berdaftar dengan PERKESO.
Tujuan program ini juga adalah untuk menggalakkan pencari kerja atau individu yang menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui pattform digital.
Kepada mereka yang bekerja di bawah SIP GIG PERKESO ini akan diberikan insentif sepanjang bekerja di bawah Platform Digital berdaftar yang berdaftar dengan PERKESO.
Tarikh Permohonan Program SIP GIG PERKESO 2022
Permohonan Program SIP GIG PERKESO 2022 ini telah dibuka pada 17 Januari 2022 melalui Aplikasi PERKESO Prihatin atau melalui pautan = https://matrix.perkeso.gov.my/
Untuk tarikh akhir permohonan insentif Program SIP Gig pula adalah pada 30 Jun 2022.
Kadar Insentif SIP GIG PERKESO
Insentif kewangan ini akan diberikan dengan berjumlah RM600 sehingga RM800 untuk sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan untuk pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022, pemberian ini akan diberikan kepada mereka yang layak sahaja.
Syarat Kelayakan Permohonan
Untuk syarat permohonan Program SIP GIG PERKESO 2022 yang telah ditetapkan ialah :
Bagi individu yang layak
- Individu yang diberikan notis tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
- Pencari kerja dari golongan yang terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain-lain.
- Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
- Suri rumah yang tidak bekerja daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah pula kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
- Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18 hingga 60 tahun pada tahun 2022.
- Semua pekerja untuk program ini memsti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di plattform digital yang berdaftar dengan PERKESO.
Bagi individu yang tidak layak
- Individu yang aktif bekerja.
- Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjyaGig.
- Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.
- Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.
Cara Mohon Program SIP GIG PERKESO 2022
Bagi individu yang ingin memohon program ini, pemohon boleh ikuti langkah-langkah seperti dibawah iaitu :
- Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore atau layari terus = https://matrix.perkeso.gov.my/
- Layari plattform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja.
- Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di laman web = https://matrix.perkeso.gov.my/
- Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.
Dokumen Yang Diperlukan
Untuk dokumen yang diperlukan, boleh rujuk gambar dibawah :
Syarat Untuk Menerima Insentif SIP GIG PERKESO
Untuk memastikan anda layak menerima insentif, pastikan anda memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
- menghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen beserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
- Dengan minimum komisen bulanan yang berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu. OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan.
- Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadi insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Program SIP GIG PERKESO 2022 https://matrix.perkeso.gov.my/ .
Soalan Lazim
Bilakah tarikh akhir permohonan ini ?
30 Jun 2022.
Berapakah had umur untuk memohon program ini ?
Berumur 16 tahun hingga 60 tahun pada tahun 2022.