Permohonan Geran Impak Sosial Yayasan TM : Dana Sebanyak RM1.5 Juta

Geran Impak Sosial Yayasan TM diwujudkan adalah bagi menawarkan pihak yang berhasrat menyokong teras Yayasan TM Pendidikan, Komuniti dan Pembangunan Negara dan peancongan, Budaya dan Warisan menerusi projek yang dijalankan.

Oleh itu, Yayasan TM mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin melaksanakan projek pendidikan, komuniti dan pembangunan negara dan pelancongan, budaya dan warisan untuk memohon Geran Impak Sosial Yayasan TM ini.

Sebanyak RM1.5 juta dana yang tersedia bagi geran ini, melaksanakan 2 kategori geran yang disediakan.

Geran Impak Sosial Yayasan TM

Kategori Pembiayaan

Kategori pembiayaan yang ditawarkan menersui pemberian geran ini adalah :

  • Geran Impak Sosial Emas Yayasan TM : Bertujuan untuk projek jangka sederhana (sehingga 1 tahun) dengan kadar pembiayaan dari RM100,00 – RM250,000.
  • Geran Impak Sosial Perak Yayasan TM : Bertujuan untuk projek jangka pendek (3 hingga 6 bulan) dengan kadar pembiayaan dari RM50,000 – RM100,000.

Bidang Tumpuan

Antara bidang tumpuan yang disasarkan menerusi geran ini adalah :

i.) Pendidikan

  • Pendidikan : Pendidikan berkualiti kepada pelajar yang kurang berkemampuan.
  • Kemahiran dan literasi digital.
  • Pengurangan isu kerentanan dan sosial dalam kalangan pelajar.

ii.) komuniti dan Pembangunan Negara

  • Kesiapsiagaan dan pemilihan bencana.
  • Kehidupan yang mampan.
  • Kesejahteraan kesihatan dan mental.

iii.) Pelancongan, Budaya dan Warisan

  • Seni dan industri kreatif
  • Pemeliharaan warisan
Geran Impak Sosial Yayasan TM

Cara Mohon Permohonan Geran Impak Sosial Yayasan TM

Bagi pihak yang ingin memohon Geran Impak Sosial Yayasan TM, permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi = https://www.tm.com.my/yayasantm/Pages/ytmgrantbm.html
  2. Klik butang “Permohonan Geran Impak Sosial YTM”.
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Dokumen Diperlukan

Dokumen yang perlu dimuat naik adalah :

  • Salinan sijil pendaftaran ROS, ROC, atau badan pendaftaran yang berkaitan.
  • Akaun kewangan yang telah diaudit dan/ laporan aktiviti / program semasa sepanjang 1 tahun lalu.
  • Akaun kewangan yang telah diaudit untuk tempoh semasa 2 tahun.
  • Borang Permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Geran Impak Sosial Yayasan TM, sila layari laman web = https://www.tm.com.my/yayasantm/Pages/ytmgrantbm.html

Soalan Lazim

Berapakah dana yang tersedia untuk geran ini ?

Sebanyak RM1.5 juta.