Permohonan Guru KAFA Pulau Pinang. Berita baik untuk warga Pulau Pinang, Jabatan AHl Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah membuka permohonan bagi individu yang berminat untuk memohon jawatan kosong sebagai guru KAFA di negeri tersebut bagi tahun 2022.
Kelas KAFA merupakan salah satu kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain yang dijalankan untuk pelajar sekolah rendah yang bermula Tahun 1 hingga Tahun 6.
Tarikh Permohonan
Bagi individu yang berminat untuk membuat Permohonan Guru KAFA Pulau Pinang ini, permohonan boleh dibuat secara atas talian sehingga 23 Jun 2022.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan perlu dipenuhi pemohon untuk menjadi seorang guru KAFA di Negeri Pulau Pinang adalah :
- Warganegara Malaysia yang menetap di pulau pinang sahaja.
- Berumur 18 tahun hingga 40 tahun.
Syarat Akademik
Selain dari syarat kelayakan, mereka yang ingin memohon permohonan ini juga perlu untuk memenuhi syarat akademik iaitu :
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian :
– Bahasa Melayu
– Pendidikan Islam
– Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
– Pendidikan Syariah Islamiyah - Mempunyai Sijil SPM dengan kelulusan :
– Bahasa Arab Tinggi
– Bahasa Arab Komunikasi
Cara Mohon Permohonan Guru KAFA Pulau Pinang
Untuk cara mohon Permohonan Guru KAFA Pulau Pinang ini, permohonan boleh dibuat menersui langkah-langkah sperti berikut :
- Klik link ini = https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdDOrI9dXcvwwI8TiL3g7IlGBbGi-XuKhzsW3ML0-KHk6qvow/viewform
- Isi borang permohonan tersebut dengan lekap dan betul.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.
Dokumen Diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah :
- Gambar berukuran Passport.
- Kad Pengenalan pemohon.
- Sijil SPM.
Maklumat Lanjt
Untuk sebarang pertanyaa lanjut dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Guru KAFA Pulau Pinang, sila hubungi Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang di talian 04-6847000.
Soalan Lazim
Bilakah tarikh tutup permohonan ini ?
23 Jun 2022.
Berapakah had umur untuk memohon permohonan ini ?
Berumur 18 tahun hingga 40 tahun.