Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz 2022. Tingkatan 6 Aliran Tahfiz merupakan pengajian selama 3 semester yang menggabungkan hafazan Al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial, dan amali qiraat dalam tempoh masa 3 semester.
Aliran ini diwujudkan bertujuan untuk melahirkan lagi pelajar yang mempunyai hafazan yang baik dan cemerlang dalam pembelajaran.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Tarikh Permohonan
Untuk tarikh permohonan kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz, permohonan akan dibuka pada 16 Jun 2022.
Senarai Sekolah
Antara sekolah yang menawarkan Aliran Tahfiz ini bagi Tingkatan 6 adalah :
- SMK Agama Putrajaya
- SMK Agama Kedah
- SMK Agama Maahad Muar
- SMK Agama Kerian
- SMK Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
- SMK Kerian
- SMK Agama Kota Kinabalu
Syarat Permohonan
Bagi pelajar yang berminat untuk membuat permohonan, pelajar tersebut perlu untuk mengikuti syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan sepeti berikut :
- terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melbihi 20 tahun pada tahun permohonan.
- Lulus peperiksaan SPM.
- Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz Al-Quran / Maharat Al-Quran atau sekurang-kurangnya gred C.
- Pelajar yang mendapat kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Syariah Islamiah / Manahij al-Ulum al Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah.
- Pelajar yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al Mu’asirah / Al-Adab wa Al-Balaghah / Turath Bahasa Arab.
- Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk.
- Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 semester.
Cara Mohon Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz 2022
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan ini =
Link permohonan tersebut akan aktif bermula pada 12.01 pagi 16 Jun 2022.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz 2022 , boleh dirujuk melalui di pautan = https://www.moe.gov.my/