Geran Kandungan Digital MDEC. Geran Kandungan Digital diperkenalkan adalah untuk membantu syarikat, perusahaan dan syarikat milikan tunggal atau perkongsian liabliti terhad bagi membangunkan kandungan baharu atau sedia ada di pasaran dalam bentuk animasi, komik digital, media interatif dan permainan digital.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Tan Sri Annuar Musa, pada tahun lalu, MDEC telah menerima 111 permohonan sebelum meluluskan RM1.9 juta yang memanfaatkan 39 pmohon.
Dalam kenyataan beliau juga, Melalui Geran Kandungan Digital, MDEC bukan sahaja menyediakan akses kepada pembiayaan, malah membantu industri dalam penghasilan kandungan digital yang boleh dipasarkan.
Pelaksanaan geran ini pada tahun 2022 adalah sebahagian siri inisiatif pembiayaan untuk industri kandungan kreatif yang melibatkan peruntukan sebanyak RM36.4 juta sejak tahun 2016.
Tarikh Permohonan Geran Kandungan Digital MDEC
Pemohon yang berminat boleh terus membuat permohonan Geran Kandungan Digital MDEC secara atas talian pada :
Permohonan dibuka : 14 Jun 2022
Pemohonan ditutup : 29 Julai 2022
Objektif Pelaksanaan
Antara objektif pelaksanaan geran ini adalah untuk mencapai perkara berikut :
- Untuk mendorang penciptaan kandungan kreatif digital baharu yang ada supaya dapat diterima, dipasarkan dan dipamerkan di seluruh dunia.
- Untuk memberi peluang dan menyediakan plattform kepada pencipta kandungan kreatif digital untuk mengembangkan dan menghasilkan kandungan kreatif digital.
- Untuk menyokong pencipta kandungan kreatif digital dalam pemasaran digital dan mempromosikan kandungan kreatif sedia ada.
Skop & Jumlah Geran
Bagi skop dan jumlah geran yang ditawarkan adalah seperti berikut :
i.) Pembangunan & Produksi
Skop | Keterangan | Jumlah Geran |
Animasi | Untuk mengahsilkan Filem Animasi Pendek/Episod Pilot/PSA/Sizzle Trailer dama masa 6 bulan. | RM50,000 |
Media Interaktif | Untuk menghasilkan Permainan Digital atau Media Interaktif yang lengkap (Demo, Kandungan yang boleh dimuat turun) dalam masa 6 bulan. | RM50,000 |
Komik Digital | Untuk menghasilkan Komik Digital atau Komik Motion lengkap (Minimum 44 halaman/264 koum komik). | RM15,000 |
ii.) Ekploitasi IP dan Pemasaran Digital
Bagi skop Animasi, Media interaktif, dan Komik Digital melibatkan Ekploitasi IP dan Pemasaran Digital, jumlah geran yang ditawarkan adalam RM50 ribu untuk mengahantar bahan-bahan pemasaran dan melaksanakan pelan pemasaran dalam tempoh 6 bulan.
Syarat Permohonan Geran Kandungan Digital MDEC
Permohonan Geran Kandungan Digital MDEC ini tertakluk kepada syarat permohonan seperti berikut :
- Pemohon mestilah terdiri daripada pihak berikut :
– Syarikat : Diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016, dan masih aktif serta minima 51% ekuiti dimilki rakyat Malaysia.
– Enterprise : Didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Syarikat 1956 dan masih aktif serta minima 51% dimiliki oleh rakyat Malaysia.
– Perkongsian Liabliti Terhad : Didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Perkongsian Liabliti Terhad 2012 dan masih aktif serta minima 51% dimiliki oleh rakyat Malaysia. - Tidak tertakluk kepada perintah pembubaran, penggulungan dan muflis dan tidak mempunyai isu berterusan.
- Pengarah/pemegang saham syarikat untuk mengisytiharkan dan mendedahkan jika terdapat sebarang hubungan perniagaan / hubungan kekeluargaan yang rapat dengan mana-mana pengarah atau pekerja MDEC.
- Pengarah/pemegang saham syarikat untuk mengisytiharkan dan mendedahkanjika tersenarai sebagai pesalah rasuah di SPRM.
- Pengarah/pemegang saham syarikat untuk mengisytiharkan jika mereka
- Syarikat yang mempunyai pemegang saham sama hanya boleh mengemukakan satu permohonan untuk geran yang dipohon dalam MDEC.
- Jika syarikat sebelum ini telah menerima sebarang geran MDEC /kerajaan, pemohon hendaklah
– Mengemukakan bukti projek telah diselesaikan.
Mengisytiharkan sebarang notis ketidakpatuhan/pelanggaran yang direkodkan dalam tempoh projek yang dibiayai. - Bukan penyiar, rangkaian televesyen, plattform OTT (over-the-top) dan syarikat media.
- Perniagaan syarikat ialah perkhidmatan berkaitan teknologi.
Cara Mohon Permohonan Geran Kandungan Digital MDEC
Kepada pemohon yang berminat dan layak, permohonan boleh dibuat menerusi pautan berikut iaitu = https://mdec.my/ms/dcgprisma2022/ Selepas tarikh permohonan ini buka.
Proses Pemilihan
Sekiranya pemohon terpilih, pemohon akan dijemput ke sesi pembentangan pada Ogos sebelum kelulusan diumumkan pada September.
Selepas mendapat kelulusan penerima akan diberi tempoh enam bulan bagi menyiapkan kandungan digital tersebut.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Geran Kandungan Digital MDEC 2022, pemohon boleh layari laman web = https://mdec.my/ms/dcgprisma2022/
Soalan Lazim
Bilakah tarikh tutup permohonan ?
permohonan sehingga 29 Julai 2022.
Bilakah tarikh sesi pembentangan sekiranya pemohon terpilih ?
Pembentangan pada bulan Ogos.