Dana Siswa HEPA UMT 2022 disediakan bagi membantu pelajar UMT dalam kategori B40 untuk meneruskan proses pembelajaran dengan lebih sempurna dan mencapai kejayaan akademik yang lebih cemerlang.
Inisiatif ini juga untuk menunjukkan atas dasar keperihatinan UMT terhadap pelajar golongan B40 dan sangat memerlukan semasa mereka melanjutkan pengajian.
Tarikh Permohonan
Bagi mereka pelajar yang layak dalam kategori B40, pelajar boleh membuat permohonan mulai 8 Jun 2022 sehingga 15 Jun 2022 secara atas talian (online).
Syarat Permohonan Dana Siswa HEPA UMT 2022
Pelajar yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat permohonan yang telah ditetapkan iaitu :
- Terbuka kepada semua pelajar Pra Siswazah UMT.
- Pelajar Islam dan non Muslim berstatus aktif.
- Pelajar daripada keluarga golongan B40.
- Pelajar yang menghadapi masalah kewangan yang kritikal.
Cara Mohon Dana Siswa HEPA UMT 2022
Bagi pelajar yang memenuhi syarat dan ingin membuat permohonan tersebut, pelajar boleh membuat permohonan menersui langkah-langkah seperti berikut :
- Log masuk di pautan ini = https://mynemo.umt.edu.my/
- Klik bahagian “HEPA”.
- Pilih bahagian “My ihsan”.
- Klik bahagian “Permohonan Baru” dan isi atau kemaskini profil pemohon.
- Pilih bahagian “Dana Asnaf” dan isi maklumat yang berkaitan.
- Hantar permohonan untuk pengesahan lanjut.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan lanjut mengenai Dana Siswa HEPA UMT 2022, sila berhubung dengan :
Seksyen Tajaan dan Kebajikan Pelajar,
Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Terengganu.
No Telefon : 09-668 4323.
Soalan Lazim
Bilakah tarikh permohonan ini ?
8 Jun 2022 hingga 15 Jun 2022.
Bolehkah pelajar dari keluarga M40 memohon ?
Tidak. Untuk pelajar golongan B40 sahaja.