PUBDN Selangor 2022. PUBDN merupakan pinjaman pelajaran yang diberikan kepada pelajar IPTA dan juga pelajar IPTS yang berasal daripada Selangor. Dan diberikan kepada mereka yang layak sahaja.
Oleh itu, pelajar daripada Negeri Selangor yang menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ingin memerlukan pembiayaan pelajar boleh pemohon Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PUBDN), Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS).
Tarikh Permohonan PUBDN Selangor 2022
Kepada pelajar yang berminat untuk mendapatkan pinjaman ini, pelajar boleh membuat permohonan secara atas talian bermula pada 3 Jun hingga 31 Julai 2022.
Kadar Pembiayaan
Untuk kadar pembiayaan yang ditawarkan adalah :
Peringkat Pengajian
Peringkat pengajian yang layak untuk membuat permohonan ini adalah :
- Sijil
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah Perubatan
Syarat Am
Syarat am yang ditetapkan dan perlu dipenuhi oleh pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut :
- Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia.
- Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor.
- Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih dari 10 tahun di Selangor (keutamaan diberikan kepada anak Selangor).
- Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma,Ijazah Sarjana Muda, atau Ijazah Perubatan.
- Sedang mengikuti Pengajian di IPTA seluruh Malaysia atau IPTS dalam Negeri Selangir dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan secara sepenuh masa.
- Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
- Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (biasiswa, pinjaman atau dermasiswa) termasuklah bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar.
- Pendapatan isi rumah (ibu bapa) hendaklah tidak melebihi RM20,000 sebulan (Gaji pokok).
Syarat Akademik
Selain dari syarat am, pelajar juga perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan iaitu syarat akademik antaranya :
- Sijil
- Memperolehi sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran SPM (bidang dan teknikal).
- Memperolehi sekurang-kurangnya 4 kepujian dalam mana-mana pelajaran di peringkat SPM (IPTA).
- Dilpoma
- Memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.
- Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK?CGPA 2.50 ke atas
- Ijazah Sarjana Muda
- Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/Pra-Ijazah/Matrikulasi/Diploma dengan kelulusan PNGK?CGPA 2.50 ke atas.
- Memperoleh sekurang-kurangnya 4 Gred C dalam mana-amana mata pelajaran di peringkat STPM.
- Memperolehi sekurang-kurangnya 5 kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.
- Ijazah Perubatan
- Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan/Pergigian di Universiti Awam yang disenaraikan.
- Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan/Pergigian di Universiti Awam yang disenaraikan.
Cara Memohon PUBDN Selangor 2022
Bagi mereka yang ingin membuat permohonan PUBDN Selangor 2022, pemohon boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Layari pautan PUBDN Selangor 2022 ini = https://danapendidikan.selangor.gov.my/login
- Klik butang “Daftar”.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Daftar Akaun”.
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Hantar permohonan etelah semua maklumat dilengkapkan.
Dokumen Yang Diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik dalam permohonan PUBDN Selangor 2022 adalah seperti berikut :
- Salinan sijil lahir pemohon, salinan MyKad pemohon, bapa dan ibu, salinan sijil berhenti sekolah (rendah dan menengah), salinan keputusan SPM/STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi/Dilpoma (mana yang berkaitan).
- Salinan slip gaji terkini (ibu, bapa dan penjaga). Bagi pesara, sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika tidak bekerja sendiri/tidak bekerja/suri rumah sila dapatkan pengesahan pendapatan pendapatan ( disahkan oleh ketua kampung/ADUN/Penghulu/Ketua Blok).
- Bagi pemohon dan ibu bapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan pengesahan mastautin yang disahkan oleh Ketua Kampung/ADUN/Penghulu/Pengerusi Taman/Penghulu mujim/Ketua Blok).
- Salinan Surat kematian dan Surat Cerai (jika berkaitan).
- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak menyertakan dokumen akan ditolak. Dokumen yang dicetak tidak perlu dihantar.
- Pemohon hendaklah membuat semakan secara atas talian dalam tempoh dua minggu selepas tarikh tutup permohonan.
Pengurangan Pinjaman
Untuk makluman, pembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah dimana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA/PNGK akhir pelajar.
Selain daripada CGPA/PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut :
- Tamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran.
- Tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam dokumen perjanjian.
- Mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia TKWBNS.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai PUBDN Selangor 2022, sila layari laman web = https://tkwbns.selangor.gov.my/portal/
Soalan Lazim
Bilakah tarikh permohonan PUBDN Selangor 2022 ini ?
3 Jun hingga 31 Julai 2022.
Sekiranya pemohon tidak dapat menyertakan dokumen diperlukan, apakah permohonan akan diterima dan diluluskan ?
Permohonan akan ditolak.