Berita baik kepada mereka lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lepasan Matrikulasi/Diploma/Pra-Universiti/Asasi, Yayasan TM telah mempelawa untuk memohon Biasiswa Yayasan TM 2022 Future Leader Scholarship tersebut.
Untuk pengetahuan, Biasiswa Yayasan TM Future Leaders Scholarship ini menawarkan biasiswa dan bantuan kewangan untuk 200 penempatan dalam negara dan 30 antarabangsa.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Menerusi biasiswa ini juga, pelajar akan menjalani Program Pembangunan Berstruktur yang direka khas untuk membentuk individu yang lebih holistik dan menyeluruh serta melengkapkan pemegang biasiswa dengan kemahiran masa depan di dalam kedua-dua bidang digital dan kebolehpasaran.
Tarikh Permohonan
Kepada mereka yang berminat, pemohon boleh memohon permohonan biasiswa ini sehingga 30 Jun 2022.
Bidang Pengajian
Bagi bidang pengajian yang layak untuk memohon Biasiswa Yayasan TM 2022 ini adalah :
- Teknologi Maklumat dan Digital
- Multimedia Kreatif / Seni Sinematik
- Kejeruteraan
- Pengurusan
- Pensijilan Profesional (contoh : ACCA)
Institusi Pengajian
Bagi mereka yang layak untuk memohon akan menyambung pengajian di institusi berikut :
i.) Lepasan SPM
- Institusi terpilih untuk program luar negara.
- Multimedia University
- IPTS terpilih untuk Pensijilan Profesioanal.
ii.) Lepasan Matrikulasi/Diploma/Pra-Universiti/Asasi
- Multimedia University
- Universiti Awam (UA)
Syarat Kelayakan
Pemohon yang ingin memohon biasiswa ini hendaklah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
i.) Pengajian Luar Negara
- Warganegara Malaysia dan mempunyai keadaan kesihatan yang baik.
- Mendapat sekurang-kurangnya 8A dalam SPM 2021.
- Tidak melebihi umur 21 tahun pada December 2022.
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
ii.) Pengajian Dalam Negara
- Warganegara Malaysia dan mempunyai keadaan kesihatan yang baik.
- Mendapat sekurang-kurangnya 6A untuk SPM 2021 atau PNGK 3.0 atau setara untuk keputusan terkini.
- Tidak melebihi umur 23 tahun pada Disember 2022.
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Syarat Am
Syarat am yang perlu dipenuhi pemohon adalah :
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan.
- Pemohon tidak boleh mempunyai adik beradik yang pernah menerima Biasiswa YTM di Institusi Pengajian Tinggi IPT.
- Pemohon dan kedua ibu bapa mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon pada masa ini tidak menerima sebarang bentuk bantuan kewangan pendidikan daripada sumber lain.
Cara Mohon Biasiswa Yayasan TM 2022
Pemohon boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut :
- Layari pautan ini = https://www.tm.com.my/yayasantm/Pages/scholarships.html#future-leaders-scholarship-programme
- Klik butang “Apply Now”.
- Klik butang “Permohonan Baru”.
- Pilih biasiswa yang ingin dipohon.
- isi maklumat permohonan dengan lengkap.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Yayasan TM 2022 : Future Leaders Scholarship, sila hantar email ke alamat [email protected].
Soalan Lazim
Bilakah tarikh tutup permohonan ini ?
sehingga 30 Jun 2022.
Berapakah had umur syarat untuk pengajian luar negara ?
Tidak melebihi 21 tahun pada disember 2022.