Permohonan Program Sijil Petanian 2022 : Kemasukan Institut Pertanian Malaysia

Program Sijil Petanian 2022, program ini di tawarkan kepada individu yang berminat dalam bidang pertanian bagi membantu lagi teransformasi sektor pertanian negara.

Institut Pertanian Malaysia merupakan instutusi yang mempelopori pendidikan dan latihan pertaniah secara holistik peringkat sijil sejak tahun 50an lagi.

Ini adalah selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara (DAN) yang bertujuan untuk membangunkan lagi sektor pertanian dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.

Program Sijil Petanian 2022

Tarikh Kemasukan & Semakan Temuduga

  1. Permohonan ke IPSM ini boleh dibuat bermula pada 1 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022.
  2. Semakan Panggilan Temuduga IPSM boleh dibuat bermula pada 11 Julai 2022.
  3. Sesi Temuda IPSM pula pada 25 Julai 2022 sehingga 29 Julai 2022.
  4. Semakan Keputusan Temuduga boleh dibuat pada 15 Ogos 2022.
  5. Pengesahan Terima / Tolak Tawaran Kemasukan ke IPSM boleh dibuat pada 15 Ogos 2022.
  6. Kemasukan ke IPSM di Institut Pertanian Ayer Hitam (IPAH) Johor) pada 25 Septmber 2022 dan bagi Institut Pertanian Titi Gantong (IPTG), Perak) pada 26 September 2022.
  7. Semakan Panggilan Temuduga dan Tawaran Kemasukan ke IPSM adalah secara Online. Tiada sebarang surat menyurat akan dihantar kepada pemohon.

Untuk makluman, perubahan tarikh adalah tertakluk kepada keadaan semasa.

Program Sijil Petanian 2022

Tempoh & Kurikulum Program

Program ini dilaksanakan selama dua tahun dengan 64 jam kredit yang terdiri daripada 70% latihan bagi praktikal dan 30% pula untuk teori.

Kurikulum program ini dibangunkan dan dikemaskini mengikut keperluan semasa bagi mematuhi kualiti dan standard yang ditetapkan.

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat bagi Kelayakan Permohonan Program Sijil Petanian 2022, pemohon boleh rujuk gambar di bawah bagi kelayakan untuk memhon :

Program Sijil Petanian 2022

Borang Permohonan Program Sijil Petanian 2022

Untuk memohon Permohonan Program Sijil Petanian 2022, pemohon yang berminat hendaklah memuat turun borang di link ini = http://www.agris.doa.gov.my/agrismigrate/latihan/ipsm/carian_pelanggan.cfm?online=1

Lokasi Program Sijil Petanian 2022 Malaysia

Antara lokasi institut pertanian yang ditawarkan adalah :

  • Institut Pertanian Serdang, Selangor.
  • Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang.
  • Institut Pertanian Titi Gantong, Perak.
  • Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor.
  • Institut Pertanian Sarawak, Semongok.
  • Intitut Pertanian Sabah, Timbang menggaris di Kota Belud.

Semua Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan.

Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak pula adalah di bawah Pentadbiran Jabatan Negeri masing-masing.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Program Sijil Petanian 2022, sila hubungi 03-8870 3035 / 3271 / 3265 / 3228 / 3238 atau anda boleh terus emel ke [email protected]

Soalan Lazim

Berapakah had umur untuk memohon permohonan ini ?

Berumur 18 tahun hingga 25 tahun ( 18 hingga 30 tahun bagi pegawai kerajaan).

Bilakah tarikh permohonan ke IPSM ?

Bermula pada 1 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022.