MySalam adalah satu skim takaful percuma khusu untuk lebih 6 juta rakyat Malaysia.
Pelbagai tuntutan boleh dibuat di bawah program Mysalam. Anda boleh lihat di sini.
Antara jenis tuntutan yang boleh dibuat adalah mereka yang mengalami penyakit kritikal dan juga yang dimasukkan ke dalam wad (hospitalisasi).
Ramai juga yang tertanya-tanya bilakah bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima Mysalam?
Adakah pihak MySalam ada menyediakan tarikh tertentu untuk bayaran tuntutan terutamanya bagi tahun 2022?
Yang sebenarnya, tiada tarikh khusus bila bayaran Mysalam akan dibuat.
Tarikh Bayaran MySalam 2022
Untuk pengetahuan anda, Mysalam menetapkan pembayaran tuntutan akan dibuat 10 hari selepas semua borang dan dokumen yang diperlukan telah lengkap.
Anda haruslah memastikan segala dokumen telah lengkap bagi mengelakkan pembayaran anda tertangguh.
Status dokumen anda boleh disemak melalui pautan https://www.mysalam.com.my/b40/info/
Ikuti kami di t.me/portalsemakandotcom untuk info terkini mengenai bantuan dan isu semasa yang ada di Malaysia.
Berikut merupakan notis rasmi daripada Mysalam berkenaan bayaran tuntutan.