Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022 (Online)

Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022. Berita baik kepada mereka rakyat Negeri Sembilan yang ingin memohon perumahan mampu milik. Permohonan kini dibuka kepada mereka yang layak memiliki.

Kesukaran rakyat untuk memiliki rumah disebabkan harga yang melambung tinggi dengan ketara. Salah satu penyelesaian yang wajar adalah dengan memujudkan perumahan mampu milik dalam setiap kawasan pembangunan perumahan.

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

Tarikh Permohonan

Bagi tarikh Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022 ialah :

Permohonan dibuka : 13 Jun 2022 (Isnin).

Permohonan ditutup : 26 Jun 2022 (Ahad).

Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022

Dasar Perumahan

Dasar Perumahan Negeri Sembilan menggariskan 4 perkara utama dalam Perumahan Mampu Milik iaitu :

  • Komponen pembangunan dan harga perumahan
  • Komposisi pembangunan perumahan.
  • Keluasan dan saiz perumahan serta pemilikan
  • Kuota bumiputera
Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022 (Online) 4

Syarat Permohonan

Untuk syarat permohonan bagi memiliki Perumahan Mampu Milik Negeri Sembilan iaitu :

  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3,500 sebulan.
  • Pemohon adalah wajib mempunyai pendapatan tetap dan bekerja.
  • Keutamaan kepada pemohon yang belum memilki rumah atau tanah.
  • Keutamaan diberikan kepada yang menetap atau bekerja dalam daerah Seremban serta belum berkahwin.
  • Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak dan tidak diterima.

Borang Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022

Permohonan boleh dilakukan melalui pautan ini = https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdKY9MS-MPZ8AL-5kv4e7B7b_9m5xWyb3BHQOUEk16to4sISg/viewform
ATAU melalui imbasan QR Code yang disediakan.

Pemohon yang berminat boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan syarat permohonan dalam pautan yang disediakan diatas.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022, sila rujuk Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan di pautan ini = https://www.facebook.com/dsaminuddinharun/posts/565692288251195

Untuk makluman, majlis pecah tanah bagi projek ini telah dilangsungkan pada 23 Mei lalu dan dijangka akan siap pada Februari 2024.

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022 (Online) 6

Soalan Lazim

Bilakah tarikh buka dan tutup Permohonan ?

Tarikh buka permohonan – 13 Jun 2022 (Isnin).
Tarikh tutup permohonan – 26 Jun 2022 (Ahad).

Bolehkah rakyat negeri lain untuk memohon permohonan rumah mampu milik ini ?

Tidak. Khusus untuk rakyat Negeri Sembilan sahaja.