Permohonan Kemasukan Darul Kifayah. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan kemasukan bagi pelajar baharu Darul Kifayah.
Institusi ini menyediakan tempat kediaman sementara, memberi bimbingan agama dan akhlak dan juga mengadakan kemudahan pendidikan yang sempurna kepada mereka.
๐Join Telegram untuk lebih info bantuan.
Tarikh Permohonan
Permohonan kemasukan Darul Kifayah boleh dibuat mulai sekarang sehingga 28 Jun 2022.
Kemudahan Yang Disediakan
Antara kemudahan yang disedikan di institusoi ini adalah :
- Blok Pentadbiran
- Blok Akademik
- Blok Penginapan Pelajar Lelaki
- Blok Penginapan Pelajar Perempuan
- Dewan Sebaguna yang dapat menampung 1000 orang
- Perpustakaan
- Surau Jumaat
- Makmal Komputer
- Blok Kuaters Kakitangan 5 tingkat (20 unit)
- 5 Unit Kuaters Kakitangan
- Post Kawalan Keselamatan
- Padang Permainan
- Padang Bola Jaring
- Gelanggang Badminton & Takraw
- Pembiayaan kos persekolahan yang menyeluruh
- Makan Minum Harian
- Pengangkutan pergi balik sekolah
- Bantuan pakaian Hari Raya
- Bantuan perubatan dan lain-lain.
Syarat Permohonan Kemasukan Darul Kifayah
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon sebelum memohon adalah :
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Yatim, yatim piatu, asnaf fakir, miskin, dan muallaf.
- Berumur di anatara 11 hingga 17 tahun.
- Sihat tubuh badan dan fizikal.
- Mampu membaca Al-Quran dengan baik.
- Masik bersekolah dan mempunyai latar belakang akademik yang baik.
- Mempunyai tingkahlaku dan akhlak yang baik.
- Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.
- Tidak mempunyai rekod jenayah atau salah laku akhlak.
- Tidak mempunyai kecacatan mental.
Cara Mohon Permohonan Kemasukan Darul Kifayah
Bagi mereka yang ingin memohon kemasukan Darul Kifatah ini, permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :
- Klik pautan = https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/borang-permohonan-ke-darul-kifayah-kuala-lumpur
- Klik butang “Downlod”.
- Isi borang permohonan dengan betul dan lengkap.
- Sediakan dokumen yang diperlukan demgan lengkap.
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat :
Kompleks Darul Kifayah,
Lot 28188, Jalan 36/10,
Taman Koperasi Polis Fasa 2,
68100 Batu Caves,
Kuala Lumpur.
Dokumen Diperlukan
Anatar dokumen yang perlu disediakan dan dihantar bersama borang permohonan ialah :
- Satu salinan sijil kelahiran / kad pengenalan permohonan ibu/bapa/penjaga.
- Satu salinan sijil kematian ibu/bapa atau sijil perceraian atau pengislaman.
- Satu salinan keputusan peperiksaan terkini pertengahan tahun.
- Satu salinan sijil peperiksaan UPSR/UPSRA/UPKK/PMR.
- Satu salinan slip gaji ibu/bapa/penjaga.
Maklumat lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Kemasukan Darul Kifayah 2022, sila hantar email ke [email protected]. ATAU anda boleh buat pertanyaan ke premis MAIWP di Lot 28188, Jalan 36/10 Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur.
Soalan Lazim
Bilakah tarikh permohonan kemasukan ke Darul Kifayah ?
Permohonan kemasukan boleh dibuat mulai sekarang sehingga 28 Jun 2022.
Berapakah had umur bagi syarat permohonan ?
Berumur di antara 11 hingga 17 tahun sahaja.