Permohonan BKPKK 2022 : Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti

Permohonan BKPKK 2022. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) ini khusus diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti Peringkat Sijil jangka panjang sahaja dan bantuan ini diberikan hanya untuk 2 semster sahaja.

Antara bantuan yang akan diberikan termasuklah bantuan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Kominiti (BKPKK).

Kadar Bantuan Diberikan

Seperti sedia maklum, Bantuan ini diberikan kepada Pelajar Kolej Komuniti untuk 2 semster sahaja.

Tempoh untuk satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan.

Oleh itu, pelajar yang layak untuk menerima atau mendapat bantuan ini, akan diberikan RM300/sebulan atau RM1,800 sepanjang satu semester atau RM3,600 untuk dua semester/setahun.

Permohonan BKPKK 2022
Permohonan BKPKK 2022 : Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti 4

Syarat Kelayakan dan Kriteria Pelajar

Syarat kelayakan dan kriteria kelayakan pelajar untuk mendapatkan BKPKK ialah :

  • Pemohon Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang (sekurang-kurangnya 4 semester, Peringkat Sijil).
  • Ibubapa/penjaga berpendapatan kasar bulan dibawah RM3,000 (tertakluk pada jumlah tanggungan isi rumah).
  • Pemohon perlu mendatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin).
  • Pemohon perlu mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga.
  • Pemohon tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Cara Mohon Permohonan BKPKK 2022

Nota* – sebelum anda membuat Permohonan BKPKK 2022, pastikan anda menepati syarat-syarat kelayakan pemohon.

Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan iaitu :

  1. Pemohon perlu mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.
  2. Beri maklumat yang diperlukan.
  3. Hantar permohonan yang telah lengkap di isi.

Dimaklumkan bahawa pelajar yang layak menerima dan mendapat BKPKK ini di bawah KPM, pelajar tersebut tidak akan menerima tajaan atau biasiswa lain.

Dalam masa yang sama, pelajar yang layak menerima bantuan ini, pelajar tersebut pelu mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Sekiranya pelajar mendapat CGPA di bawah 2.0 pada semester pertama, bantuan kewangan akan diberhentikan sertam merta kepada pelajar.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan BKPKK 2022, sila layari laman web rasmi portal = https://www.moe.gov.my/

ATAU :

Hubungi talian = 010-431 2531.

Soalan Lazim

Berapakah jumlah bantuan untuk dua (2) semester ?

Pelajar layak untuk mendapat RM3,600 untu dua semester/ untuk setahun.

Sekiranya layak dan mendapat bantuan BKPKK ini, adakah boleh menerima biasiswa lain ?

Tidak. Mereka yang layak menerima bantuan ini, tidak boleh menerima tajaan atau biasiswa lain.