Program Genius Negara 2023 adalah satu program bagi pendidikan awal kanak-kanak yang menyasarkan keutamaan untuk diberikan kepada anak-anak keluarga B40 yang tidak melebihi umur 4 tahun.
Menerusi program ini, kanak-kanak yang dibawah umur 4 tahun akan didedahkan dengan konsep belajar sambil bermain dan menerokai bidang-bidang kegemaran mereka.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan bagi Program Genius Negara 2023, mulai dibuka pada 1 Jun hingga 30 September 2022.
Keistimewaan Program
Antara keistimewaan yang akan diperolehi oleh kanak-kanak bagi menyertai program ini adalah :
Merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.
Menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asa asuhan lengkap dan asa awal yang holistik.
Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain.
Menekankan konsep 3E iaitu meneroka,mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting, and Experiencing).
Senarai Lokasi Pusat Anak Genius Negara
Bagi lokasi Pusat Anak Genius Negara, terdapat 89 buah Pusat Anak Genius Negara di seluruh Malaysia setakat tahun 2021 ini.
Anda boleh semak lokasi Pusat Anak Genius Negara ini di pautan dibawah :
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk ibu bapa yang ingin memasukan anak-anak mereka menyertai program ini adalah :
- Warganegara Malaysia (anak).
- Berumur 4 tahun ke bawah.
- Keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM4,000.
Cara Mohon Permohonan Program Genius Negara 2023
Kepada ibu bapa yang berminat untuk memohon kemasukan anak mereka ke Program Genius Negara 2023 ini, pemohon boleh ikuti langkah-langkah memohon tersebut :
- Klik pautan disini = https://drive.google.com/drive/folders/1isV_0NtzBjeFExOGB9wWa0Itmle1CHe8
- Muat turun borang permohonan.
- isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pusat Anak Genius Negara yang dipohon.
Dokumen Diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah :
- Salinan MyKid anak.
- Salinan Surat Beranak.
- Salinan buku kesihatan anak ( muka hadapan dan rekod vaksin).
- Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga yang disahkan.
- Salinan pendapatan ibu bapa / penjaga.
- Surat pengesahan bagi ibu bapa yang tidak bekerja (sekiranya bekerja sendirian).
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan maklumat lanjut mengenai Program Genius Negara 2023, pemohon boleh menghubungi Bahagian Genius Kementerian Pendidikan Malaysia di talian = 03-8880 5151.
Soalan Lazim
Bilakah tarikh permohonan Program Genius Negara 2023 ini ?
Permohonan boleh dibuat bermula 1 Jun 2022 hingga 30 September 2022.
Berapakah had umur anak-anak yang boleh memohon permohonan ini ?
Berumur 4 tahun ke bawah.