Program STEPP IATn Pahang 2022 : Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti

Program STEPP IATn Pahang 2022. Program STEPP merupakan insentif berbentuk geran pemadanan yang diberikan kepada usahawan mikro IATn di Negeri Pahang.

Bagi usahawan mikro IATn yang layak untuk dipertimbangkan adalah dalam kategori :

๐Ÿ“šJoin Telegram untuk lebih info bantuan.

  1. Tahap 1 : Nilai jualan kasar tahunan adalah sama atau di bawah RM50,000.
  2. Tahap 2 : Nilai jualan kasar tahunan adalah lebih dari RM50,000 sehingga sama atau di bawah RM100,000.
Program STEPP IATn Pahang 2022

Tarikh Permohonan

Untuk tarikh tutup permohonan akan di tutup pada 24 Jun 2022.

Skop Insentif

Skop insentif yang bakal diterima oleh usahawan yang layak adalah merangkumi :

  • Kajian nutrisi dan jangka hayat produk
  • Reka bentuk pembukusan dan pelabelan
  • Peningkatan kapasiti pengeluaran
  • Penambahbaikan premis
  • Perolehan papan tanda perniagaan
Program STEPP IATn Pahang 2022 : Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti 4

Syarat Permohonan

Usahawan yang ingin memohon permohonan ini hendaklah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu :

  1. Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Pahang dan berumur anatara 18 tahun hingga 6 tahun.
  2. Telah menjalankan projek sekurang-kurangnya 1 tahun.
  3. Keutamaan diberikan dahulu kepada permohonan usahawan pada tahap 1 dan tahap 2.
  4. Mempunyai produk yang menggunakan produk hasilan ternakan.
  5. Mempunyai ruang kerja pengeluaran produk yang sesuai dan bersih.
  6. Tidak Pernah menerima mana-mana bantuan selama 2 tahun permohonan dibuat.
  7. Tidak disenarai hitam oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  8. Membuat permohonan menggunakan borang permohonan Program STEPP dan diisi dengan lengkap bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan oleh jabatan.
  9. Pemohon yang berjaya diwajibkan tandangan perjanjian program dan bersedia dipantau dalam masa 2 tahun setelah menerima bantuan.

Cara Mohon Program STEPP IATn Pahang 2022

Untuk membuat permohonan Program STEPP IATn Pahang 2022, pemohon boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut :

Dokumen Diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan untuk disediakan oleh usahawan adalah seperti :

  1. Memorandum and Articles of Association
  2. Penyata kewangan syarikat yang terkini (jika berkenaan)
  3. Lesen perniagaan
  4. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
  5. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (jika berkaitan)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Program STEPP IATn Pahang 2022, sila layari laman web = https://dvs.pahang.gov.my/

Soalan Lazim

Bilakah tarikh tutup permohonan ini ?

24 Jun 2022.

Berapakah had umur boleh memohon bantuan ini ?

Berumur 18 hingga 60 tahun.